Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
3,545 kes, jangkitan tertinggi di Negeri Sembilan
Diterbitkan:  Feb 24, 2021 6:20 PM
Dikemaskini: 12:45 PM

Sebanyak 3,545 kes baru Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari ini, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Jelasnya, Negeri Sembilan mencatatkan lonjakan kes harian tertinggi, sebanyak 1,392 jangkitan baru.

"Peningkatan kes mendadak di Negeri Sembilan adalah disebabkan oleh pengesanan aktif daripada Kluster Industri Sungai Gadut.

"Kluster ini telah diumumkan pada 22 Februari 2021 hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang pembuatan produk kayu yang terletak di Kawasan Perindustrian Sungai Gadut, KM 11, Seremban.

"Pada hari ini, sebanyak 1,338 kes baru untuk kluster ini dilaporkan. Jumlah keseluruhan kes dalam kluster ini sehingga 24 Februari 2021 adalah 1,432 kes.

"Daripada jumlah ini, sebanyak 318 kes merupakan warganegara manakala 1,114 kes merupakan bukan warganegara," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata seramai 189 pesakit dirawat di ICU, dengan 88 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu,  katanya 12 lagi korban dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kematian seramai 1,088 nyawa.

"Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan tujuh kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dua kes di Selangor, dan masing-masing satu kes di Sabah, Terengganu, dan Pulau Pinang.

"Sebanyak 11 kes kematian melibatkan warganegara dan satu kes bukan warganegara. 

"KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka," kata Noor Hisham lagi.

Perincian 3,545 kes baru Covid-19:

Negeri Sembilan: 1,392 kes

  • 1,358 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • 18 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Selangor: 581 kes

  • 216 kes daripada kluster-kluster, termasuk lima (5) kes daripada kluster baru iaitu Kluster Jalan Enam;
  • 223 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
  • 141 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 381 kes

  • 255 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 46 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • 80 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Sarawak: 353 kes

  • 116 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 47 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • 190 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Johor: 318 kes

  • 188 kes daripada kluster-kluster, termasuk 67 kes daripada kluster-kluster baru iaitu Kluster Perindustrian Lukut, Kluster Jalan Ulu Choh, dan Kluster Jalan Dato Yunus;
  • 72 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 58 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Perak: 188 kes

  • 179 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baru iaitu Kluster Pasar Bidor;
  • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Sabah: 105 kes

  • 27 kes daripada kluster-kluster, termasuk 15 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Sinsingon;
  • 60 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • 18 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Pulau Pinang: 95 kes

  • 68 kes daripada kluster-kluster, termasuk 52 kes daripada kluster-kluster baru iaitu Kluster Lorong Bakau dan Kluster Vista Hilir;
  • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • 21 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Kelantan: 53 kes

  • 16 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 24 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • 13 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Melaka: 26 kes

  • 20 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Terengganu: 22 kes

  • Enam (6)daripada kluster-kluster sedia ada;
  • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Kedah: 17 kes

  • Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Pahang: Lapan (8) kes

  • Dua (2) kes daripada kluster sedia ada; dan
  • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19.

Wilayah Persekutuan Labuan: Lima (5) kes

  • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Wilayah Persekutuan Putrajaya: 

  • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS