Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Vaksin Covid: Sarawak buka daftar melalui pejabat daerah, klinik

Kerajaan negeri Sarawak hari ini menjelaskan bahawa pendaftaran bagi mendapatkan vaksin COVID-19 bagi seluruh rakyat Malaysia di Sarawak boleh dibuat di pejabat daerah dan klinik kesihatan buat masa ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera juga boleh dilakukan apabila tersedia.

“Agensi kerajaan negeri mendahului proses pendaftaran. Kami menyasar untuk mencapai semua yang layak dan yang tidak menggunakan MySejahtera.

"Ketua kampung dan Tuai Rumah sudah bekerjasama dengan pejabat daerah dan klinik mengenai proses tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Uggah mengumumkan pendaftaran vaksin COVID-19 kini dibuka untuk semua rakyat Malaysia yang tinggal di Sarawak.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS