Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Syarat radius 10km batal, sekatan rentas negeri dan daerah kekal
Diterbitkan:  Feb 16, 2021 6:32 PM
Dikemaskini: 10:45 AM

Kerajaan membatalkan syarat pergerakan dalam radius 10 kilometer sahaja, berkuat kuasa hari ini.

“Ini bermaksud pergerakan dalam daerah yang sama adalah dibenarkan,” kata Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Dalam sidang media hari ini, Ismail bagaimanapun berkata pergerakan rentas daerah dan rentas negeri di seluruh negara masih tidak dibenarkan.

Pengecualian rentas daerah diberikan kepada Perlis yang diletakkan bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Kerajaan hari ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang, dilanjutkan dua minggu lagi bermula sehingga 4 Mac.

Negeri-negeri lain diletakkan bawah PKP Bersyarat (PKPB).

Perlis menjadi satu-satunya negeri yang diletakkan bawah PKP Pemulihan (PKPP), berkuat kuasa mulai tarikh sama.

Perkara itu diputuskan dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara hari ini susulan trend penurunan kes harian Covid-19, termasuk kes import, selain di empat negeri PKP.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS