Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPRM tahan 2 pengarah syarikat disyaki buat tuntutan palsu pada Perkeso

Dua pengarah syarikat swasta ditahan kerana disyaki terlibat dalam mengemukakan tuntutan palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berkaitan tuntutan Program Subsidi Upah di bawah pakej Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana).

Menurut sumber, kedua-dua suspek iaitu seorang wanita berusia 39 tahun dan seorang lelaki berusia 64 tahun ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor Cawangan Segamat pada 2 petang tadi bagi membantu siasatan.

SPRM memandang serius perkara itu kerana ia melibatkan isu ketirisan khususnya berkaitan bantuan yang telah disalurkan pihak kerajaan bagi meringankan beban rakyat dalam tempoh penularan pandemik Covid-19.

Sumber juga berkata siasatan dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 dan kedua-dua suspek telah dibebaskan dengan jaminan agensi itu pada 8 malam.

Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS