Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ekonomi susut 5.6% tahun lalu, terburuk sejak 1998
Diterbitkan:  Feb 11, 2021 12:38 PM
Dikemaskini: 5:14 AM

Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia (KDNK) Malaysia menyusut 5.6 peratus pada 2020, berbanding pertumbuhan 4.3 peratus pada tahun sebelumnya.

Pada suku keempat tahun lalu, ia menyusut 3.4 peratus berbanding penurunan 2.6 peratus pada suku tahun sebelumnya.

Kali terakhir KDNK tahunan mencatatkan kemerosotan ialah pada 2009 (-1.5 peratus).

Pertumbuhan KDNK tahunan pada 2020 merupakan penyusutan kedua terbesar selepas tahun 1998 (-7.4 peratus).

Ketua Perangkawan, Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, faktor penawaran dan permintaan domestik serta pengaruh sektor luaran menyebabkan ekonomi Malaysia merekodkan pertumbuhan negatif bagi tiga suku tahun berturut-turut bagi tahun 2020.

Dia mengaitkan perkara itu dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengawal penularan wabak Covid-19.  


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS