- Dikemas kini dengan laporan penuh.
Sebanyak 3,288 kes baru dan 14 lagi kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini.
Sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) kedua bermula pada 13 Januari, kes baru di Selangor, Kuala Lumpur, Sarawak, Melaka dan Johor masih menunjukkan trend peningkatan.
Selangor melaporkan kes harian baru tertinggi iaitu sebanyak 1,757 kes (53.4 peratus).
Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 408 kes (12.4 peratus) dan Johor sebanyak 369 kes (11.2 peratus).
Sebanyak 63 kes (1.9 peratus) yang dilaporkan berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara.
Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan lima kes di Selangor, empat di Sabah, dua di Johor dan masing-masing satu di Kedah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Putrajaya.
Kesemua kes kematian melibatkan warganegara Malaysia.
Status terkini:
Kes sembuh: 1,929
Jumlah kes sembuh: 198,495
Kes baharu positif: 3,288 (3,283 tempatan, 5 import)
Jumlah positif: 251,604
Kes aktif : 52,186
Kes kematian: 14
Jumlah kes kematian: 923
Kes dirawat di ICU: 285
Bantuan alat pernafasan: 131