Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Wabak selsema burung: Algeria isytihar darurat

Algeria mengisytiharkan darurat selepas Pertubuhan Dunia untuk Kesihatan Haiwan (OIE) mengumumkan penularan wabak selesema burung H5N8 melanda kawasan timur negara itu, lapor Agensi Anadolu.

"Sumber virus ini daripada burung yang berhijrah dan kami (Algeria) telah keluarkan amaran kepada semua wilayah untuk mematuhi arahan darurat. Wabak itu dikesan di bandar kota Ain Fakrounm," kata Menteri Pertanian Abdelhamid Hamdani pada Selasa, pada sidang media.

Pada Selasa, OIE mengesan kawasan panas yang menjadi lokasi penularan wabak di Ain Fakroun, di Oum El Bouaghi.

Analisis makmal menunjukkan wabak di bandar itu sudah menjangkiti 51,200 ekor ayam.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS