Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Michael Chong ceritakan pengalaman hadapi Covid-19
Diterbitkan:  Feb 10, 2021 10:52 AM
Dikemaskini: 3:38 AM

Bermula dengan gelaja ringan, Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Michael Chong akhirnya perlu dirawat di unit rawatan rapi (ICU) kerana dijangkiti Covid-19.

Menceritakan pengalamannya melawan wabak itu selama hampir sebulan, Chong berkata dia bernasib baik kerana dirawat di Hospital Sungai Buloh selepas disahkan positif pada 30 Dis tahun lalu.

Chong dimasukkan ke hospital pada 1 Jan dan sepanjang tempoh minggu pertama dia hanya mengalami gejala ringan.

"Tiba-tiba pada hari kelapan (di hospital) paras oksigen saya menurun, paru-paru saya tak boleh bertahan," katanya seperti dilaporkan The Star hari ini.

Menurut Chong, 72, apa yang dilaluinya kemudian sangat menyeksakan. Ketika itu katanya dia sedar Covid-19 mula menyerang.

Dia kemudian terdengar doktor berkata saya perlu dimasuk ke ICU dan mungkin berdepan situasi lebih serius kerana faktor usia dan diabetes

"Sistem badan saya lemah,” katanya.

Semasa dalam wad ICU, tambah Chong, keadaan begitu mencabar dan sesekali apabila membuka mata, dia boleh nampak pesakit dibawa keluar dalam beg mayat.

Kesihatan Chong akhirnya bertambah baik dan kembali normal pada 20 Jan sebelum dibenarkan keluar dari hospital lapan hari kemudian.

Bagaimanapun Chong dimasukkan Pusat Perubatan Sunway pada 31 Jan bagi merawat masalah pada paru-parunya dan dibenarkan pulang pada 9 Feb.

Sejak Dis 2020 kira-kira 14 peratus pesakit Covid-19 meninggal dunia sebelum mereka dirawat di hospital.

Penjejak Malaysiakini menunjukkan 22 orang yang dijangkiti Covid-19 tidak sempat dirawat pada Dis tahun lalu dan jumlah kes seumpama itu meningkat menjadi 41 pada Jan lalu.

Untuk rekod pada awal tahun ini Menteri Kesihatan Dr Adham Baba mengumumkan pesakit Covid-19 yang mempunyai gejala ringan atau tidak bergejala dibenarkan berada dalam kuarantin di rumah masing-masing.

Ia dibuat ketika jumlah kes baru Covid-19 bertambah secara drastik memaksa Kementerian Kesihatan Malaysia memilih keutamaan terhadap pesakit yang perlu dibawa ke hospital.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS