Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
3,100 kes baru: Kematian tertinggi, 24 korban
Diterbitkan:  Feb 8, 2021 6:15 PM
Dikemaskini: 11:11 AM

Sebanyak 3,100 kes baru Covid-19 dilaporkan hari ini dengan 24 lagi kematian, angka korban harian yang tertinggi setakat ini, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

"Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan tujuh kes di Selangor, masing-masing tiga kes di Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dua kes di Perak dan Johor, serta satu kes di Kelantan, Melaka, Kedah, dan Pulau Pinang.

"Sebanyak 21 kes melibatkan warganegara dan tiga kes bukan warganegara.

"KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, terdapat 51,977 kes aktif dengan kebolehjangkitan, manakala jumlah kes terkumpul kini mencecah 245,552.

Dr Noor Hisham berkata seramai 282 pesakit sedang dirawat di ICU dengan 134 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Selangor terus mendahului jangkitan dengan 1,606 kes baru, diikuti Johor (499) dan Kuala Lumpur (372).

Status ringkas:

  • Kes sembuh=2340
  • Jumlah kes sembuh=192,679 kes
  • Kes baharu positif=3,100 kes (3,099 tempatan, 1 import)
  • Jumlah positif=245,552
  • Kes kematian=24
  • Jumlah kes kematian=896 kes
  • Kes dirawat di ICU=282 kes
  • Bantuan Alat Pernafasan=134

Perincian 3,100 kes positif Covid-19 baru:

Selangor: 1,196 kes

  • 589 kes daripada kluster-kluster; termasuk 80 kes daripada kluster-kluster baru iaitu Kluster Jalan Teknologi, Kluster Jalan Sungai Rasa, Kluster Tapak Bina Persiaran Mokhtar, dan Kluster Persiaran Hulu;
  • 397 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 210 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Johor: 490 kes

  • 266 kes daripada kluster-kluster, termasuk 119 kes daripada kluster-kluster baru iaitu Kluster Jalan Cyber Lima, Kluster Sri Menanti, Kluster Laman Desaru, dan Kluster Jalan Harmonium;
  • 94 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 130 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Melaka: 344 kes

  • 333 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 295 kes

  • 56 kes daripada kluster-kluster, termasuk 20 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Lengkok Pantai;
  • 130 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Satu (1) kes import dari luar negara;
  • 108 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Pulau Pinang: 209 kes

  • 142 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 23 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 44 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Sabah: 169 kes

  • 35 kes daripada kluster-kluster, termasuk 17 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Batu 38;
  • 100 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 34 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Negeri Sembilan: 104 kes

  • 12 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baru iaitu Kluster Taman Bukit Petaling;
  • 57 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 35 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Sarawak: 84 kes

  • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baru iaitu Kluster Sebangkoi;
  • 44 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 32 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Perak: 72 kes

  • 13 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • 45 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Kedah: 37 kes

  • Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 16 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Kelantan: 30 kes

  • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
  • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Terengganu: 30 kes

  • 11 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baru iaitu Kluster Kampung Tandak;
  • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Pahang: 28 kes

  • 23 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Wilayah Persekutuan Putrajaya: Lapan (8) kes

  • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Perlis: Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19.

[Berita penuh menyusul]



Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS