Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Ebit Lew beli 500 tab dari sumbangan dana TMJ
Diterbitkan:  Feb 8, 2021 1:10 PM
Dikemaskini: 5:13 AM

Pendakwah bebas Ebit Lew membeli 500 unit gajet tablet menggunakan dana sumbangan Pemangku Raja Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, untuk pelajar yang kini dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Doakan ya. Terima kasih TMJ. Saya gunakan untuk beli 500 tab untuk 500 pelajar untuk kelas online.

“Syukur dah sampai. Hari ini kami akan agihkan pada yang memerlukan. Semoga menjadi asbab kebaikan,” tulisnya dalam catatan di Facebook hari ini.

Pada 5 Februari lalu, pendakwah popular itu memuat naik pertemuannya dengan Tunku Ismail, yang turut menyumbangkan RM200,000 untuk misi bantuannya.

Dalam catatan di Facebooknya itu, Ebit berkata antara perbincangan pertemuan tersebut membincangkan bagaimana bantuan terhadap orang susah, memelihara agama Islam dapat dilaksanakan, mendidik anak muda dan meningkatkan institusi pendidikan.

Berikutan penularan pandemik Covid-19 di negara, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan sesi persekolahan bersemuka yang sepatutnya bermula 20 Jan lalu hanya membabitkan pelajar yang akan mengambil peperiksaan utama.

Ia melibatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dan peperiksaan setaraf yang lain.

Pelajar-pelajar lain pula akan belajar menerusi kelas dalam talian di rumah masing-masing, di bawah PdPR.

Namun, kebanyakan ibu bapa terutamanya dari golongan B40 mengadu mengenai kadar data internet harga gajet komunikasi seperti telefon pintar dan tab yang agak mahal untuk kemudahan pembelajaran anak-anak mereka.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS