Harga komputer riba dan gajet elektronik dilapor melambung sehingga 70 peratus susulan lonjakan permintaan selepas pelaksanaan proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Sinar Harian melaporkan, tinjauan di dua pusat jualan terkemuka di Lembah Klang mendapati terdapat perbezaan yang ketara berbanding tahun lalu.
Sebagai contoh, komputer riba jenama A1 yang berharga sekitar RM1,300 seunit tahun lalu didakwa naik 78 peratus kepada RM2,322 seunit, ketika tinjauan Jumaat lalu.
Bagi jenis lain:
Jenama A2 - dijual pada harga RM1,899 seunit, naik 46 peratus berbanding RM1,300 tahun lalu
Jenama S (jenama pilihan pengguna untuk PdPR) - Dari RM599 naik kepada RM759.
Memetik seorang pemilik kedai yang enggan identiti didedahkan, akhbar itu melaporkan kenaikan harga berlaku disebabkan permintaan yang tinggi dan kekurangan bekalan.
“Tablet jenama S menjadi peranti ‘panas’ pada ketika ini. Banyak tempat ketiadaan stok.
“Jadi, tempat yang ada stok, mereka akan menjualnya pada harga yang mahal kepada pengguna,” katanya.