Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Melaka catat kadar kebolehjangkitan harian tertinggi
Diterbitkan:  Feb 7, 2021 11:27 PM
Dikemaskini: 3:27 PM

Melaka mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 harian tertinggi negara, iaitu pada 1.17 hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Berdasarkan infografik yang dikongsikan menerusi akaun Twitter beliau, Selangor merekodkan Rt kedua tertinggi pada 1.10, diikuti Johor (1.09), Pulau Pinang (1.07), Kuala Lumpur (1.03) dan Sarawak (1.01).

Negeri-negeri lain mencatatkan bacaan di bawah satu iaitu Pahang 0.95, Perak (0.92), Negeri Sembilan (0.90), Kedah (0.87), Terengganu (0.86), Sabah (0.81), Kelantan (0.80), Labuan (0.75) manakala Perlis dan Putrajaya masing-masing mencatatkan Rt 0.70

Rt untuk seluruh negara pula ialah 0.92, katanya

- Bernama


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS