Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laporan warga M'sia kandas: Petronas jamin ambil segala langkah perlu
Diterbitkan:  Feb 7, 2021 8:50 PM
Dikemaskini: 12:50 PM

Petronas mengambil segala langkah yang diperlukan bagi memastikan keselamatan 155 pekerja kontraktornya di atas barj menuju pelantar minyak Yetagun, di perairan Myanmar.

Petronas dalam satu kenyataan hari ini, memberi jaminan ia masih berhubung dengan pasukan itu dan bekerjasama rapat dengan kontraktor bagi memastikan kesejahteraan pekerja berkenaan terjaga, selain memastikan bekalan berterusan untuk barangan keperluan termasuk makanan, air minuman dan bahan api.

“Tiga puluh enam lagi pekerja di bawah kontraktor dan dua pekerja Petronas sudah dihantar ke hotel berhampiran untuk mereka berehat di darat dan memulihkan tenaga sementara menjalani keperluan kuarantin Covid-19,” katanya.

Syarikat minyak dan gas itu berkata ia bekerja rapat dengan kontraktor, Kedutaan Malaysia di Myanmar, Wisma Putra dan semua pihak berkuasa berkaitan dalam menguruskan perkara ini.

“Keselamatan dan kebajikan kontraktor kami dan keluarga mereka adalah keutamaan kami,” katanya.

Syarikat itu berkata demikian untuk mengulas laporan berita mendakwa pekerja berkenaan terkandas di pelantar minyak itu berikutan rampasan kuasa tentera di Myanmar.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS