Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
3,731 jangkitan baru, kes aktif naik lagi
Diterbitkan:  Feb 7, 2021 6:03 PM
Dikemaskini: 12:56 PM

Terdapat 3,731 jangkitan baru Covid-19 dilaporkan setakat 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 242,452 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula sebanyak 51,241 kes.

Menurut Dr Noor Hisham, seramai 15 korban Covid-19 direkodkan hari ini dengan jumlah terkumpul sebanyak 872 kematian.

"Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan empat kes di Selangor, masing-masing tiga kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sabah, dua kes di Sarawak, dan masing-masing satu kes di Pulau Pinang, Kedah, dan Johor.

"Kesemua kes kematian melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kes kematian hari ini kesemuanya melibatkan warganegara iaitu lapan lelaki dan tujuh wanita berusia dalam lingkungan 18 hingga 94 tahun dengan 14 daripada mereka berpenyakit.

Sementara itu,  Dr Noor Hisham memaklumkan 292 pesakit sedang dirawat di ICU dengan 140 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Selangor terus mendahului dengan 1,606 jangkitan baru, diikuti Johor (499 kes) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 372 kes.

Menurut Dr Noor Hisham tujuh kluster baru dilaporkan menjadikan jumlah kluster aktif kini ialah 441 dengan 81 daripadanya mencatatkan pertambahan kes hari ini.

Daripada tujuh kluster baru itu, jelasnya tiga membabitkan tempat kerja iaitu Kluster Tapak Bina Lembah Selatan dan Kluster Jalan Bagan di Selangor, serta Kluster Jalan Gangsa Dua (Johor), manakala dua kluster melibatkan komuniti iaitu Kluster Seruas (Sarawak) dan Kluster Taman Segar (Perak).

Dr Noor Hisham berkata Kluster Lorong Mawar di Perak pula melibatkan aktiviti keagamaan dan satu lagi kluster baru ialah kumpulan berisiko tinggi iaitu Kluster Ampang Campuran di Selangor.

"Kluster-kluster dengan pertambahan kes baru tertinggi hari ini adalah Kluster Industri Serkam (246 kes), Kluster Gudang Salak Tinggi (127 kes), dan Kluster Tapak Bina Lembah Selatan (99 kes).

"Jumlah kluster yang telah tamat pula sebanyak 454 kluster termasuk tujuh kluster yang tamat hari ini iaitu Kluster Pintu Geng, Kluster Ehsan Ibol, Kluster Persiaran Heights, Kluster Langkasuka, Kluster Wawasan, Kluster Jalan BBN, dan Kluster Texmile,” katanya.

Perincian 3,731 kes positif Covid-19 baru:

Selangor: 1,606 kes

  • 420 kes daripada kluster-kluster; termasuk 103 kes daripada kluster-kluster baru iaitu Kluster Tapak Bina Lembah Selatan, Kluster Jalan Bagan, dan Kluster Ampang Campuran;
  • 605 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19 dan
  • 581 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Johor: 499 kes

  • 139 kes daripada kluster-kluster, termasuk 30 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Jalan Gangsa Dua;
  • 87 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19
  • Dua (2) kes imprt dari luar negara;
  • 271 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 372 kes

  • 48 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 168 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19
  • Enam (6) kes imprt dari luar negara; dan
  • 150 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Melaka: 313 kes

  • 264 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 26 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19
  • 23 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Pulau Pinang: 250 kes

  • 197 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19
  • 46 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Sarawak: 219 kes

  • 112 kes daripada kluster-kluster, termasuk 34 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Seruas;
  • 48 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19 dan
  • 59 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Sabah: 160 kes

  • 16 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 97 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19 dan
  • 47 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Negeri Sembilan: 92 kes

  • 73 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 18 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19 dan
  • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Perak: 71 kes

  • 34 kes daripada kluster-kluster, termasuk lima (5) kes daripada kluster-kluster baru iaitu Kluster Taman Segar dan Kluster Lorong Mawar;
  • 18 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19
  • 19 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Kedah: 43 kes

  • 15 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19 dan
  • 19 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Pahang: 34 kes

  • 30 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19 dan
  • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Kelantan: 32 kes

  • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
  • 23 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19 dan
  • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Terengganu: 29 kes

  • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19 dan
  • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Wilayah Persekutuan Putrajaya: Sembilan (9) kes

  • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19 dan
  • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Perlis: Dua (2) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS