Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kadar kebolehjangkitan akhirnya di bawah paras 1.00
Diterbitkan:  Feb 6, 2021 5:01 PM
Dikemaskini: Feb 7, 2021 3:15 AM

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 menurun di bawah paras 1.00 semalam, selepas hampir sebulan melebihi paras itu.

Anggaran kadar kebolehjangkitan negara pada 5 Februari adalah 0.99, menunjukkan penularan semakin berkurang.

Beberapa negeri bagaimanapun masih mencatat peningkatan penularan virus. Rt untuk beberapa negeri dan wilayah masih di atas 1.00, iaitu Selangor (1.13), Kuala Lumpu (1.06), Johor (1.12), Melaka (1.09), Pahang (1.01), dan Sarawak (1.05).

Rt untuk negeri dan wilayah ini antara 0.02-0.05 lebih rendah berbanding pada Khamis lalu.

Perkembangan ini hadir pada hari ke-23 sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) mula dikenakan di lima negeri dan tiga wilayah.

Kadar kebolehjangkitan sesuatu virus diukur angka Rt. Sekiranya angkat itu lebih rendah daripada 1.00, ia menunjukkan wabak semakin berkurang.

Rt 0,99 bermaksud bahawa secara purata, setiap 100 pesakit Covid-19 menjangkiti 99 yang lain dalam setiap kitaran penularan penyakit.

 

Menurut data Institut Kesihatan Negara (NIH), Malaysia telah mencatatkan anggaran Rt melebihi 1.00 sejak 6 Januari 2021.

Pada 13 Jan ketika PKP bersasar )PKPB) diumumkan, Rt berada pada tahap 1.13.

Ia mencapai puncak 1.17 pada 16 Januari.

PKP sejak itu diperluas ke semua negeri kecuali Sarawak dan seterusnya dilanjutkan dua kali dan sekarang dijadualkan berakhir pada 18 Februari.




Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS