Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Makmal swasta, universiti dan tentera patut tingkat ujian sampel Covid-19'

Dr Noor Hisham Abdullah menggesa makmal yang dikendalikan pihak tentera, universiti dan entiti swasta agar lebih cekap memproses sampel ujian RT-PCR Covid-19.

Kata ketua pengarah kesihatan itu kemudahan makmal hospital awal kini sudah hampir mencapai kapasiti 100 peratus dalam menjalankan pemeriksaan sampel berkenaan.

Bercakap pada sidang media secara dalam talian petang tadi Noor Hisham berkata Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan di Sungai Buloh - yang turut berada di bawah kendalian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) - kini mencapat tahap 93 peratus daripada kapasitinya.

"KKM sedar sekarang makmal-makmal universiti, mereka hanya menjalankan 27 peratus (daripada kapasiti sebenar)," katanya.

Justeru kata Noor Hisham masih ada ruang untuk makmal terbabit meningkatkan kadar ujian ke atas sampel terbabit.

"Di makmal swasta, ia ada pada kadar 31 peratus, dan begitu juga (makmal) hospital angkatan tentera pada kadar 24 peratus," katanya.

Menurut Noor Hisham lagi makmal yang berkaitan disaran mengambil lebih ramai kakitangan, mengolah semula proses dalaman dan meningkatkan integrasi data supaya mereka dapat memproses sampel Covid-19 dengan lebih cepat.

Jika ia dilakukan, katanya, negara ini mampu menjalankan ujian ke atas hampir 76,805 sampel sehari, iaitu kapasiti maksimum harian yang sepatutnya.

Semalam kata Noor Hisham sebanyak 68 makmal awam dan persendirian menjalankan ujian ke atas 33,078 sampel atau hanya 43 peratus daripada kapasiti maksimum.

Untuk rekod daripada jumlah itu 21 makmal terletak di hospital awam, tujuh kendalian KKM, 13 dioperasikan pihak universiti, tiga hospital tentera dan satu kelolaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

"Kapasiti di makmal universiti, tentera dan swasta boleh ditingkatkan. KKM berpendapat jika mereka menambah (jumlah ujian) maka kita boleh melakukan lebih 76,000 ujian sehari.

"Mereka ada kemampuan tetapi mereka tidak melakukannya.

"Maka sekarang kita terpaksa menggalakkan mereka menerima lebih banyak sampel untuk diuji. KKM berharap kita boleh bekerjasama sebagai satu pasukan melalui integrasi (makmal) awam dan swasta," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS