Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
4,571 kes baru, 17 kematian
Diterbitkan:  Feb 4, 2021 6:39 PM
Dikemaskini: 11:42 AM

  • Dikemas kini dengan laporan penuh.

Sebanyak 4,571 kes baru dan 17 kematian akibat Covid-19 dicatatkan hari ini.

Johor, Kuala Lumpur dan Selangor masih menunjukkan trend peningkatan sejak perintah kawalan pergerakan dilaksanakan pada 13 Januari.

Jumlah kes di Sabah - yang teruk tahun lepas - menunjukkan trend menurun (175) sejak 23 Januari.

Kementerian Kesihatan (KKM) juga memaklumkan terdapat 10 kluster baru melibatkan enam kluster tempat kerja dan empat kluster komuniti.

Ini menjadikan jumlah kluster aktif kini sebanyak 421.

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan empat kes di Selangor, masing-masing tiga kes di Sabah dan Sarawak, dua kes di Johor dan Pahang, dan satu kes di Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan.

Sebanyak 308 pesakit menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 135 lagi kes memerlukan bantuan pernafasan. 

Status kes:

Kes sembuh: 4,092
Jumlah kes sembuh: 181,886 kes

Kes baharu positif: 4,571 kes (4,568 tempatan, 3 import)
Jumlah positif: 231,483

Kes kematian: 17
Jumlah kes kematian: 826 kes

Kes dirawat di ICU: 308 kes
Bantuan alat pernafasan: 135

Bilangan kes baru mengikut negeri:

Selangor: 2,056

Sabah: 175

Kuala Lumpur: 481

Johor: 664

Negeri Sembilan: 100

Pulau Pinang: 157

Perak: 163

Kedah: 51

Sarawak: 270

Melaka: 238

Kelantan: 48

Pahang: 78

Terengganu: 69

WP Labuan: 1

WP Putrajaya: 20

Perlis: 0



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS