Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MP pembangkang saran PN contohi kerajaan negeri Johor, Perak
Diterbitkan:  Feb 4, 2021 4:33 PM
Dikemaskini: 8:33 AM

Ahli Parlimen pembangkang menyarankan supaya kerajaan Perikatan Nasional mencontohi pentadbiran kerajaan negeri Johor dan Perak dalam pemberian peruntukan terhadap Adun pembangkang.

Menerusi kenyataan bersama 32 ahli parlimen pembangkang, mereka menggesa supaya tiada unsur berat sebelah dalam pemberian peruntukan terhadap ahli parlimen pembangkang bagi membantu penduduk yang terjejas akibat Covid-19.

“Sekurang-kurangnya menteri besar Johor melihat pihak pembangkang sebagai rakan strategik mereka di DUN ketika berdepan dengan krisis seperti ini.

“Pemberian peruntukan kepada Adun pembangkang juga telah lama dilakukan di Selangor dan Pulau Pinang,” kata mereka.

Kenyataan itu hadir selepas beberapa wakil rakyat pembangkang termasuk ahli parlimen Segambut Hannah Yeo menafikan bahawa ahli parlimen dari pembangkang menerima peruntukan RM100,000 daripada kerajaan seperti yang dinyatakan oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, dalam sebuah wawancara malam semalam.

Ahli parlimen Bagan Datuk itu semalam secara sinis mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kerana memberi peruntukan RM100,000 setahun kepada ahli parlimen Umno, iaitu peruntukan yang sama diberikan kepada ahli parlimen pembangkang.

Zahid turut membuat perbandingan peruntukan yang diterimanya sebanyak RM100,000 setahun untuk tahun 2021 berbanding ahli parlimen kerajaan lain yang didakwanya menerima RM3.7 juta.

Sementara itu, dalam menuntut janji Muhyiddin sewaktu pengumuman pengisytiharan darurat sebelum ini, ahli parlimen pembangkang mengulangi jaminan perdana menteri itu supaya semua pihak berpolitik dengan penuh bertanggungjawab.

“Ketika kita sedang berperang melawan Covid-19 dalam situasi yang luar biasa, kerajaan PN dituntut untuk mengambil tindakan yang luar biasa juga.

“Ini termasuklah dengan memberikan peruntukan kepada semua ahli parlimen pembangkang sebagaimana yang diterima oleh ahli parlimen dari pihak kerajaan,” kata mereka.

Ahli-ahli Parlimen pembangkang yang mengeluarkan kenyataan bersama itu terdiri daripada:

1. Darell Leiking (Ahli Parlimen Penampang)

2. Syed Saddiq (Ahli Parlimen Muar)

3. Mohd Azis Jamman (Ahli Parlimen Sepanggar)

4. Hannah Yeoh (Ahli Parlimen Segambut)

5. Yeo Bee Yin (Ahli Parlimen Bakri)

6. Baru Bian (Ahli Parlimen Selangau)

7. Datuk Rozman Isli (Ahli Parlimen Labuan)

8. Salahuddin Ayub (Ahli Parlimen Pulai)

9. Amiruddin Hamzah (Ahli Parlimen Kubang Pasu)

10. Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Kulai)

11. Isnaraissah Munirah Majilis (Ahli Parlimen Kota Belud)

12. Mahfuz Omar (Ahli Parlimen Pokok Sena)

13. Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam)

14. Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (Ahli Parlimen Raub)

15. Maria Chin Abdullah (Ahli Parlimen Petaling Jaya)

16. Wong Shu Qi (Ahli Parlimen Kluang)

17. Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh)

18. Dr Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor)

19. Dr Lee Boon Chye (Ahli Parlimen Gopeng)

20. Kasthuriraani Patto (Ahli Parlimen Batu Kawan)

21. P. Prabakaran (Ahli Parlimen Batu)

22. M. Kulasegaran (Ahli Parlimen Ipoh Barat)

23. Chong Chieng Jen (Ahli Parlimen Stampin)

24. Sivarasa Rasiah (Ahli Parlimen Sungai Buloh)

25. Chan Foong Hin (Ahli Parlimen Kota Kinabalu)

26. Steven Choong (Ahli Parlimen Tebrau)

27. Dr Maszlee Malik (Ahli Parlimen Simpang Renggam)

28. Chan Ming Kai (Ahli Parlimen Alor Setar)

29. Dr Azman Ismail (Ahli Parlimen Kuala Kedah)

30. Thomas Su (Ahli Parlimen Kampar)

31. Alice Lau (Ahli Parlimen Lanang)

32. Sim Tze Tzin (Ahli Parlimen Bayan Baru)


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS