Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes turun, tapi jumlah korban, pesakit di ICU meningkat
Diterbitkan:  Feb 2, 2021 6:16 PM
Dikemaskini: 12:51 PM

Sebanyak 3,455 kes Covid-19 direkod hari ini, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Jangkitan hari ini mencatatkan penurunan berbanding beberapa hari lalu.

Sementara itu,  kes kematian akibat Covid-19 mencatatkan rekod tertinggi hari ini dengan 21 korban.

"Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan 12 kes di Selangor, empat (4) kes di Sabah, masing-masing dua (2) kes di Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu (1) kes di Kedah.

"Sebanyak 20 kes kematian pada hari ini melibatkan warganegara dan satu (1) kes bukan warganegara.

"KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka," kata Dr Noor Hisham.

Katanya, seramai 327 pesakit sedang dirawat di ICU dengan 145 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Menurut Dr Noor Hisham, Selangor (1,145 kes) dan Johor (708 kes) mendahului negeri lain dengan jangkitan tertinggi tetapi mencatatkan penurunan kes harian.

Dr Noor Hisham berkata tujuh kluster baru dikesan dengan enam daripadanya merupakan kluster di tempat kerja dan satu melibatkan komuniti.

Kluster tempat kerja iaitu Jalan Ragum dan Bukit Rahman di Selangor; Parit Jamil Darat (Johor); Tapak Bina Jalan Cheras (Kuala Lumpur), Taman Muhibbah (Pahang) dan Industri Serkam (Melaka), manakala Semarak Bersia di Perak merupakan kluster komuniti.

Jelasnya, jumlah kluster aktif kini sebanyak 404 dengan 70 daripadanya mencatatkan pertambahan kes baru.

Kluster-kluster dengan pertambahan kes baru tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Jalan Cheras (332 kes), Kluster Jalan Ragum (210 kes), dan Kluster Jalan Seroja (204 kes).

"Jumlah kumulatif kluster yang tamat kini 434 kluster termasuk empat kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Bukit Angkat, Kluster Tapak Bina Bukit Semenyih, Kluster Tapak Bina Kiara dan Kluster Brumas," katanya. 


Perincian 3,455 kes positif Covid-19 baru:

Selangor: 1,145 kes

  • 298 kes daripada kluster-kluster; termasuk 252 kes daripada kluster-kluster baru iaitu Kluster Jalan Ragum dan Kluster Bukit Rahman;
  • 565 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Satu (1) kes import dari luar negara;
  • 281 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Johor: 708 kes

  • 304 kes daripada kluster-kluster, termasuk 24 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Parit Jamil Darat;
  • 264 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
  • 139 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 619 kes

  • 406 kes daripada kluster-kluster, termasuk 332 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Cheras;
  • 108 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Tiga (3) kes import dari luar negara;
  • 102 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Sabah: 276 kes

  • 50 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 172 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 54 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Sarawak: 121 kes

  • 36 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 44 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 41 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Terengganu: 115 kes

  • 14 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 20 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 81 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Pulau Pinang: 85 kes

  • 14 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 13 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 58 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Perak: 84 kes

  • 34 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes
  • daripada kluster baru iaitu Kluster Semarak Bersia;
  • 26 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 24 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Negeri Sembilan: 79 kes

  • Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 49 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Pahang: 63 kes

  • 26 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baru iaitu Kluster Taman Muhibbah;
  • 26 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 11 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Melaka: 62 kes

  • 44 kes daripada kluster-kluster; termasuk empat (4) kes daripada kluster baru iaitu Kluster Industri Serkam;
  • 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Kedah: 59 kes

  • 23 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 20 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 16 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Kelantan: 31 kes

  • 22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Enam (6) kes
  • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
  • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.

Perlis: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19.



Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.


 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS