Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Hakim Mahkamah Rayuan, Hamid Sultan Abu Backer gagal mendapatkan perintah mahkamah untuk menangguhkan sementara siasatan atau inkuiri Jawatankuasa Etika Hakim (JEC) terhadap dirinya yang ditetapkan pada Khamis ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini menolak permohonan penangguhannya semasa perbicaraan dalam talian yang dijalankan di hadapan hakim Mariana Yahya.

Dalam menolak permohonan itu, mahkamah memutuskan bahwa tidak ada keadaan khusus yang membenarkan penangguhan sementara menunggu keputusan rayuan.

Hamid Sultan memohon penangguhan sementara menunggu rayuannya dibawa ke Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakimannya.

Peguam kanan, Joy W Appukuttan mengesahkan perkara itu ketika dihubungi hari ini.

Pada 21 Januari, Mahkamah Tinggi menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman Hamid Sultan yang mempersoalkan korum jawatankuasa tersebut.

Mahkamah Tinggi juga membenarkan permohonan jawatankuasa tersebut untuk membatalkan tindakan undang-undang lain yang berkaitan dengan Hamid Sultan, iaitu saman pemula yang mencabar siasatan jawatankuasa berkenaan.

Siasatan adalah berkaitan afidavit yang dibuatnya serta keputusan yang dikeluarkannya dalam kes Mahkamah Rayuan.

Pendakawa raya kanan persekutuan Ahmad Hanir Hambaly mewakli jawatankuasa itu dalam perbicaraan dalam talian hari ini.

Pada 20 Okt tahun lalu, Hamid Sultan telah memfailkan permohonan semakan itu dengan menamakan pengerusi JEC dan JEC masing-masing sebagai responden pertama dan kedua.

Dia memohon perintah untuk membatalkan keputusan responden seperti dalam surat responden pertama bertarikh 28 dan 29 September 2020, berhubung prosiding inkuiri secara tertutup, selain deklarasi bahawa keputusan itu tidak sah dan batal, serta bercanggah dengan Perkara 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat adalah Pengerusi JEC ketika ini.

[Baca berita penuh]



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS