Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
14 menteri, timbalan menteri dapat pangkat Datuk Seri, Datuk
Diterbitkan:  Feb 1, 2021 3:44 PM
Dikemaskini: 7:51 AM

Seramai lima menteri dan sembilan timbalan menteri menerima darjah kebesaran sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan tahun ini.

Mendahului senarai adalah Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang dianugerahkan Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW), yang membawa gelaran "Datuk Seri Utama".

Manakala Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Shamsul Anuar Nasarah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan menerima darjah kebesaran Seri Mahkota Wilayah (SMW), yang membawa gelaran "Datuk Seri".

Menteri Pendidikan, Radzi Jidin dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin pula menerima Darjah Kebesaran Pangkat Ketiga Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran "Datuk".

Sembilan timbalan menteri yang menerima darjah kebesaran adalah seperti berikut:

1. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Santhara Kumar

2. Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Ali Biju

3. Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Willie Mongin

4. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Mastura Mohd Yazid

5. Timbalan Menteri Pengangkutan, Hasbi Habibollah

6. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Arthur Joseph Kurup

7. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary

8. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Awang Hashim

9. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim

Kecuali Santhara yang dianugerahkan SMW, timbalan menteri lain menerima Darjah Kebesaran Pangkat Ketiga Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran 'Datuk'.

Turut menerima SUMW ialah Yang di-Pertua Negeri Melaka, Mohd Ali Rustam; isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak Toh Puan Ragad Kurdi Taib dan Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail.

Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan dan Exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo pula menerima Darjah Kebesaran Pangkat Keempat Johan Mahkota Wilayah (JMW).

Mereka merupakan antara 335 orang hari ini yang menerima darjah kebesaran, bintang dan pingat bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS