Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Covid-19 ragut hampir 10 nyawa sehari bulan ini
Diterbitkan:  Jan 31, 2021 10:01 PM
Dikemaskini: 2:01 PM

Bulan pertama 2021 mencatatkan angka keseluruhan kematian ekoran Covid-19 sebanyak 289 kes atau purata 9.3 kematian sehari.

Jumlah kematian berkaitan Covid-19 pada bulan Januari 2.6 kali lebih tinggi berbanding November dan Disember 2020 (masing-masing 111 kes setiap bulan) ketika wabak itu menular di Sabah.

Untuk konteks, pada 2019, terdapat 4,148 kes kematian ekoran kemalangan jalan raya di Malaysia, iaitu purata 11.5 kematian sehari.

Selain penyakit jantung, radang paru-paru dan penyakit serebrovaskular, kemalangan jalan raya telah menjadi punca kematian utama dalam negara.

 

Pada Januari, kawasan Lembah Klang (Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya) merekodkan 46.4 peratus kematian berkaitan Covid-19 dan diikuti dengan Sabah (20.4 peratus) dan Johor (11.1 peratus).

Bulan sama turut menyaksikan angka kematian ekoran Covid-19 lebih tinggi dari penduduk di Kuala Lumpur, Selangor, Sabah, Putrajaya dan Labuan.

Sejak wabak Covid-19 melanda negara pada tahun 2020, Lembah Klang mencatatkan 26.4 peratus jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 dan 43.9 peratus kes kumulatif (214,959).

Bagaimanapun, negeri dengan angka kematian tertinggi berkaitan Covid-19 adalah di Sabah (42.5 peratus) dan 22.73 peratus kes kumulatif.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS