Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

GLOBAL | Bolivia sudah menerima bekalan vaksin Covid-19 Sputnik V dihasilkan Rusia dan akan memulakan kempen vaksinasi mulai Jumaat (waktu tempatan), lapor agensi berita Sputnik.

Memetik kenyataan Presiden Bolivia, Luis Arce, Sputnik melaporkan pesawat membawa bekalan pertama vaksin berkenaan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa El Alto La Paz.

Ia disambut sendiri oleh Arce.

"Kita akan mulakan vaksinasi di sembilan kawasan esok. Sudah tentu ia akan dilaksanakan secara bertahap, bergantung kepada penghantaran bekalan vaksin ke pusat kemudahan penyimpanan,” kata Arce kepada wartawan.

Pada akhir Dis lalu, Bolivia mencapai kesepakatan mengenai bekalan 5.2 juta dos vaksin Rusia ke negara Amerika Latin itu.

Ia diikuti dengan kebenaran penggunaan kecemasan oleh pihak berkuasa Bolivia pada 6 Jan.

Bolivia setakat ini melaporkan lebih 208,000 kes Covid-19 dengan lebih 10,000 kematian menurut Johns Hopkins University.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS