Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PdPR: Pelajar Orang Asli di Gua Musang belum mula sekolah

Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) masih dalam peringkat perbincangan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi mengenal pasti kaedah pembelajaran yang sesuai untuk masyarakat terbabit di kawasan pedalaman Kelantan.

Ketua pengarahnya Dr Juli Edo berkata perkara itu sedang diteliti dan buat masa ini - ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) masih berkuat kuasa - murid Orang Asli terbabit belum memulakan sesi persekolahan masing-masing.

"Antara cadangannya mungkin pembelajaran akan dibuat dengan menyediakan bahan-bahan bercetak kepada murid-murid terlibat.

"Jakoa bersedia untuk membantu dari aspek sokongan termasuk membuat penghantaran bahan dan pemantauan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Selaras dengan ancaman Covid-19 yang masih belum dapat dikekang dan pelaksanaan PKP, KPM memutuskan hanya calon peperiksaan utama dibenarkan mengikuti sesi pembelajaran secara bersemuka.

Murid-murid lain pula perlu mengikuti kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) bermula 20 Jan lalu.

Bagaimanapun pelaksanaan PdPR berdepan dengan pelbagai kekangan terutama membabitkan kawasan pedalaman atau pelajar yang kurang berkemampuan.

Petempatan Orang Asli seperti di sekitar Gua Musang adalah satu daripadanya yang berdepan dengan ketiadaan liputan internet.

Juli berkata sebagai jabatan sokongan Jakoa akan cuba memberikan kerjasama sebaiknya dalam sebarang keputusan yang akan diambil.

Sementara menunggu penyelesaian menyeluruh itu, Juli berkata, Jakoa sedang berbincang dengan Pejabat Pendidikan Daerah Gua Musang untuk mencari jalan keluar sementara.

"Kita akan tunggu keputusan yang akan diambil dan Jakoa akan membantu dari segi logistik," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS