Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pelaksanaan vaksinasi pengaruhi pemulihan ekonomi, kata Fitch
Diterbitkan:  Jan 27, 2021 8:10 PM
Dikemaskini: 12:10 PM

Fitch Ratings (Fitch) berkata program vaksinasi Covid-19 menjadi faktor utama yang akan mempengaruhi keadaan ekonomi negara pada 2021 dan 20222.

Kata agensi penarafan antarabangsa itu pakej rangsangan yang diumum kerajaan pada 18 Jan lalu tidak memberikan kesan perubahan ketara pada profil kredit negara, dan mengekalkan unjuran BBB+ stabil ekoran penurunan taraf pada bulan lalu.

Ia juga menilai sasaran defisit fiskal kerajaan pada 2021 iaitu sebanyak 5.4 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) akan dapat dicapai.

"Seperti di banyak negara, risiko utama terhadap prospek pertumbuhan Malaysia - baik pada 2021 dan 2022 - adalah garis masa dan keberkesanan program vaksinasi.

"Kami menjangkakan pihak berkuasa akan mulai melakukan proses vaksinasi pada Mac dan merangkumi penduduk pada awal 2022 sehingga mereka dapat melonggarkan sebahagian besar sekatan berkaitan dengan wabak," katanya.

Untuk rekod program vaksinasi negara dijangka bermula pada Mac ini dan memerlukan tempoh 18 bulan untuk memberikan imunisasi ke atas sekurang-kurangnya 70 peratus populasi bagi mencapai tahap imuniti kelompok bagi menghadapi Covid-19.

Butiran mengenai rancangan itu sedang dimuktamadkan. Kerajaan juga menyediakan peruntukan RM3 bilion bagi mendapatkan vaksin berkenaan.

Sementara itu Fitch berkata perintah kawalan pergerakan (PKP) kedua juga dijangka melembapkan pemulihan ekonomi negara.

Namun seperti negara lain katanya pelaksanaan sekatan yang berturutan memberi kesan yang lebih lemah ke atas aktiviti ekonomi.

"Walaupun begitu, kesan utama sekatan pergerakan bergantung kepada berapa lama ia dilaksanakan, sama ada ia diperluas ke wilayah lain atau tidak dan apakah kawalan diperketat.

"Faktor-faktor ini akan dipengaruhi oleh seberapa berkesankah langkah-langkah tersebut membendung kes Covid-19 baru," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS