Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mahkamah rayuan batal kebenaran bangunkan Taman Rimba Kiara
Diterbitkan:  Jan 27, 2021 4:27 PM
Dikemaskini: 8:27 AM

Mahkamah Rayuan telah membatalkan perintah pembangunan yang sebelum ini dikeluarkan kepada Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dan pemaju Memang Perkasa Sdn Bhd untuk membangunkan sebahagian Taman Rimba Kiara.

Keputusan sebulat suara itu disampaikan hari ini menerusi persidangan dalam talian oleh tiga panel hakim dipengerusikan Mary Lim.

Persatuan Penduduk Taman Tun Dr Ismail (TTDI) serta Kumpulan Kerja Selamatkan Taman Rimba Kiara (Save Taman Rimba Kiara Working Group) menyifatkan keputusan penghakiman itu sebagai "kemenangan besar".

“Keputusan itu satu kemenangan besar untuk komuniti dan kejiranan kami yang gigih dan tidak putus-putus berjuang untuk memelihara Taman Rimba Kiara.

“Ramai antara kamu mungkin mengingati protes pertama kami pada 2016 dan ada banyak bantahan sama yang dilakukan pada tahun berikutnya.

“Perjuangan panjang dan sukar ini dapat dicapai dengan ketekunan dan komitmen untuk melindungi ruang hijau kita daripada pihak yang mementingkan komersial, ditambah sokongan kuat Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh,” kata mereka dalam satu kenyataan.

Dengan keputusan itu, kedua-dua kumpulan terbabit kini menggesa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Kementerian Wilayah Persekutuan membina perumahan "berpatutan, rendah dan kekal" bagi keluarga yang tinggal di rumah panjang dalam taman berkenaan.

“Kami mengulangi gesaan untuk perumahan baru bagi keluarga rumah panjang (di kawasan Taman Bukit Kiara) dan kami akan terus berusaha untuk mendapatkan penyelesaian yang tepat dan adil untuk perumahan kekal bagi keluarga itu.

“Mereka adalah jiran dan rakan dalam komuniti TTDI dan kami akan bersama mereka,” katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS