Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kemas kini 9.20pm | Senarai lokasi terjejas Covid-19 (27 Jan)

Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa.

Sekiranya anda ada mengetahui mana-mana lokasi yang terjejas akibat Covid-19 tetapi tidak disenaraikan di sini, sila maklumkan kepada kami dengan hantarkan e-mel ke [email protected].


PERNIAGAAN

  • Syarikat kejuruteraan sivil dan pembinaan di Jalan Indah 16/12, Johor Bahru, Johor

Sekurang-kurangnya 11 pekerja disahkan positif, menurut China Press.

Laporan itu tidak menamakan syarikat yang terbabit, tetapi Jabatan Kesihatan Negeri mengesahkan kes di sini termasuk dalam kluster Jalan Indah yang diumumkan 25 Jan lalu.

Kakitangan syarikat memberitahu China Press yang pekerja yang terkesan kini menjalani kuarantin sementara premis dibersihkan.

  • Pelbagai perniagaan di daerah Bintulu, Sarawak

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, lokasi-lokasi ini dikunjungi oleh individu yang kemudiannya didapati positif Covid-19:

  • Pasar raya Boulevard (20 Jan, 9.45 pagi - 6.45 petang)
  • Shell MDS Tanjung Kidurong (22 Jan, 7am - 4pm)
  • Pertama Feroalloys, Samalaju (23 Jan)
  • Kiduring Inn (18-21 Jan, 8 pagi hingga 5 petang)
  • Syarikat Technotrend, Kompleks LNG Bintulu (19 Jan, 6.30am-4.30pm)
  • Pelbagai perniagaan di daerah Sibu, Sarawak

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, lokasi-lokasi ini dikunjungi oleh individu yang kemudiannya positif Covid-19:

  • GMart Superstore (20 Jan, 6.11pm - 6.20pm)
  • Kafe Yum Yum Baru (21 Jan, 11.56am - 12.45pm)
  • Pasaraya Kim Hock (23 Jan, 1.53pm - 2.30pm)
  • Red Bundle, Sarikei, Sarawak

Seorang individu yang positif Covid-19 mengunjungi kedai tersebut pada 21 Januari jam 7.04 malam hingga 7.45 malam, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak.

  • Pasaraya Doremon, Sri Aman, Sarawak

Seorang pelanggan yang mengunjungi pasar raya pada 18 Januari jam 10 pagi hingga 11 pagi menunjukkan positif Covid-19, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak.

  • My Cafe 2, Sri Aman, Sarawak

Seorang pelanggan yang mengunjungi pasar raya pada 18 Januari jam 11.30 pagi hingga 12 tengah hari didapati positif Covid-19, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak.

  • Pelbagai perniagaan di Kuching, Sarawak

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, lokasi-lokasi ini dikunjungi oleh individu yang kemudiannya positif Covid-19:

  • Taka Pastry and Cake House, Taman Sukma (14 Jan 12pm - 12.10pm)
  • Unaco Trading Sukma (15 Jan, 12.30pm - 12.40pm)
  • The Hills Kuching Foodcourt (16 Jan, 6pm - 7pm dan 19 Jan, 3pm hingga 4pm)
  • Pronature Pharmacy Kuching (16 Jan, 3pm - 3.15pm)
  • Little Sky Cafe, Tabuan Heights (16 Jan, 7 malam - 8 malam)
  • Sheng Yi Trading Company, Kuching Sentral (17 Jan, 12pm hingga 1pm)
  • Perfect Taylor MJC (18 Jan, 2.30pm - 2.50pm)
  • Oliver Gourmet di Cheras Leisure Mall, Kuala Lumpur

Pihak pengurusan pasar raya ini mengeluarkan notis semalam, memaklumkan kepada pelanggan bahawa seorang kakitangan menunjukkan positif Covid-19.

Kakitangan itu dikatakan kali terakhir bekerja pada 15 Jan.

Premis ditutup semalam untuk pembersihan.

Semua kakitangan lain telah dihantar untuk ujian calitan dan diletakkan di bawah kuarantin.

  • Jaya Grocer Mutiara Tropicana, Petaling Jaya, Selangor

Seorang pekerja disahkan positif Covid-19 hari ini, kata notis oleh syarikat itu pagi ini.

Pekerja itu terakhir dilaporkan bekerja pada 22 Jan.

Premis itu akan ditutup hari ini sebagai langkah berjaga-jaga.

Pekerja dan semua kontak rapat telah diperintahkan untuk menjalani kuarantin, dan semua kakitangan lain di gerai sama dijadualkan untuk menjalani ujian calitan mereka hari ini.

  • Jaya Grocer, Empire Shopping Gallery, Subang Jaya, Selangor

Pihak pengurusan mengesahkan semalam bahawa beberapa kakitangannya positif Covid-19.

Cawangan ini akan ditutup sehingga diberitahu kelak dan akan dibersihkan.

Pekerja yang diuji negatif juga akan dikuarantin.


INSTITUSI PENDIDIKAN

  • UiTM Kampus Sungai Buloh, Selangor

Isnin lalu, KKM mengumumkan kluster baru melibatkan institut pengajian tinggi awam dekat Sungai Chemubong di Selangor, yang telah mencatatkan 13 kes positif.

Pemeriksan mendapati institusi terlibat ialah UiTM Kampus Sungai Buloh, yang terletak tidak jauh daripada Hospital Sungai Buloh.

Kampus itu antara lain menempatkan fakulit perubatan dan Pusat Perubatan UiTM.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada penularan turut melibatkan pelajar dan kakitangan UiTM.

Malaysiakini telah menghubungi jabatan komunikasi korporat universiti tetapi mereka enggan memberi sebarang komen dan meminta Malaysiakini menghubungi KKM.

  • SMK Pekan Nanas, Pontian, Johor

Sekolah ini ditutup berlum 25 Jan hingga 28 Jan setelah seorang pelajar Tingkatan 5 disahkan positif, menurut MP Tanjung Piai Wee Jeck Seng.

  • Akademi Binaan Malaysia Wilayah Sarawak, Kuching, Sarawak

Seorang individu yang positif Covid-19 berada di bangunan ini pada 18 Januari dari jam 8 pagi hingga 5 petang, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak.


BANGUNAN KERAJAAN

  • Poslaju Kuching Utara, Sarawak

Seorang individu yang positif Covid-19 berada di bangunan ini pada 22 Januari jam 3 petang hingga 3.30 petang, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak.

  • Ibu pejabat polis daerah Bandar Baharu, Kedah

Menurut Pejabat Kesihatan Bandar Baharu, seorang tahanan yang ditahan di sini didapati positif Covid-19.


PASAR

  • Pasar Tamu, Betong, Sarawak

Seorang pelanggan yang mengunjungi pasar ini pada 17 Januari dari 10 hingga 11 pagi menunjukkan positif Covid-19, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak.

  • Pasar Tamu Sibuya, Sibu, Sarawak

Seorang individu yang mengunjungi pasar ini pada 13 Januari dari jam 12.26 tengah hari hingga 1.30 tengah hari didapati positif Covid-19, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak.


KEDIAMAN

  • Taman Sri Damai, Pulau Pinang

Seorang penduduk Blok 21 disahkan positif, menurut notis pengurusan kepada penduduk semalam.

Ia turut menggesa semua pihak tidak mengganggu rumah yang terlibat dan mendoakan kesembuhan mereka.

  • Kondominium Eden Seaview, Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Seorang penduduk di sini disahkan positif, menurut China Press yang memetik notis pengurusan pada 25 Jan.

  • Kondominium Hijauan Puteri, Puchong, Selangor

Seorang penduduk di tingkat dua disahkan positif hari ini, menurut pengurusan.

Ia berkata kerja pembersihan sedang diatur.

  • Kondominium Casa Idaman, Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur

Seorang lagi individu disahkan positif. Kali ini ia melibatkan penduduk di Aras 10, Blok B, menurut pengurusan dalam notis kepada penduduk hari ini.

Ini merupakan kes keempat yang dilaporkan di sini sejak seminggu lalu.

Individu itu telah dimasukkan ke hospital dan keluarganya kini menjalani kuarantin dan akan membuat ujian.

Kerja pembersihan sedang diaturkan, kata pengurusan lagi.

  • Rumah Adal, Nanga Tiga, Betong, Sarawak

Terdapat penduduk rumah panjang di sini didapati positif Covid-19, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak.


KILANG DAN KAWASAN PERINDUSTRIAN

  • Dynacite Engineering Sdn Bhd, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Johor

Sejumlah 33 kes dikesan di kilang pembuatan bahan kejuruteraan dan pembinaan setakat 26 Jan, menurut syarikat ini kepada China Press.

Menurutnya, seramai 66 pekera disaring.

Kes di sini sebahagian daripada kluster Jalan Platinum yang diumumkan KKM semalam.


KEMUDAHAN PERUBATAN

  • Klinik Murni, Balik Pulau, Pulau Pinang

Klinik ini ditutup bermula semalam sehingga 2 Feb setelah terdedah dengan kes positif, menurut China Press.

Semua kakitangan akan menjalani ujian.


PUSAT TAHANAN

  • Pusat Transit Tahanan (PTP) Penjara Marang serta Pusat Koreksional Dungun, Terengganu

Dua penjara ini dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) selama dua minggu, mulai esok.

Arahan itu melibatkan pusat latihan pegawai di Zon 2 dan 3 di Penjaran Marang, manakala arahan di Pusat Koreksional Dungun melibatkan kuarters kakitangan, menurut Ismail Sabri.

Sejumlah 99 kes dikesan sejak semalam, termasuk dua pekerja dan lima individu yang menjadi kontak rapat pesakit. Sejumlah 1,102 orang telah disaring.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS