Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jumlah kes Covid-19 di Indonesia lepasi angka sejuta
Diterbitkan:  Jan 26, 2021 9:51 PM
Dikemaskini: 1:51 PM

Kes positif Covid-19 di Indonesia hari ini melepasi tahap sejuta orang.

Semakan di laman sesawang pemantau kes Covid-19 global kendalian Universiti Johns Hopkins di AS melaporkan, kes positif di negara itu - setakat awal malam ini - ialah 1,012,350 orang.

Daripada jumlah itu 28,468 orang terbunuh kerananya. Jumlah pesakit yang sembuh pula ialah seramai 820,356 orang manakala kes yang dirawat sebanyak 163,526.

Wabak itu juga sudah dikesan di 34 wilayah di seluruh Indonesia.

Menurut CNN Indonesia peningkatan ketara Covid-19 di negara itu berlaku sejak Jan tahun ini, malah ada ketikanya pertambahan kes baru harian melepasi 10,000 kes.

Beberapa daerah pula berdepan masalah tempat untuk merawat pesakit Covid-19 dengan sebahagian daripada hospital mencatatkan kadar penggunaan katil sehingga 80 peratus.

Tidak cukup dengan itu kerajaan juga berdepan dengan masalah ruang untuk mengebumikan jenazah korban Covid-19. Di Jakarta misalnya pihak berkuasa tempatan bandar raya itu terpaksa membuka kawasan perkuburan baru untuk pesakit wabak tersebut.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS