Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tunjuk perasaan bantah perintah berkurung di Belanda jadi ganas
Diterbitkan:  Jan 26, 2021 12:24 PM
Dikemaskini: 6:25 AM

GLOBAL l Tunjuk perasaan di seluruh Belanda yang membantah langkah baharu untuk mengekang penularan Covid-19 bertukar menjadi ganas apabila peserta bertempur dengan polis, lapor Agensi Anadolu.

Ratusan orang berkumpul di bandar-bandar untuk membantah tindakan itu menyebabkan sekurang-kurangnya 70 ditahan.

Di Rotterdam penunjuk perasaan menyerang polis dengan melemparkan bunga api dan batu serta merosakkan premis perniagaan.

Polis bertindak campur tangan menggunakan anjing dan meriam air untuk menyuraikan penunjuk perasaan.

Bantahan turut diadakan di Amsterdam, Haarlem, Geleen, Helmond, Zwolle, Amersfoort, Den Bosch dan Tilburg.

Belanda pada 12 Januari melanjutkan sekatan pergerakan sehingga sekurang-kurangnya 10 Februari kerana penularan varian baharu virus Covid-19.

Sekatan pergerakan diperketatkan lagi pada 23 Januari dengan penguatkuasaan perintah berkurung di seluruh negara antara 9 malam dan 4.30 pagi, yang pertama sejak Perang Dunia II.

Orang ramai dinasihatkan duduk di rumah dan hanya keluar jika perlu seperti membeli barang keperluan, rawatan perubatan, bekerja atau bersekolah jika tidak dapat mengikuti pembelajaran dalam talian.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS