Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KEMAS KINI 3.14pm | Senarai lokasi jangkitan Covid-19 (26 Jan)

Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa.

Sekiranya anda ada mengetahui mana-mana lokasi yang terjejas akibat Covid-19 tetapi tidak disenaraikan di sini, sila maklumkan kepada kami dengan hantarkan e-mel ke [email protected].


PERNIAGAAN

- TS Maju Trading, Seri Kembangan, Selangor

Syarikat pemborong ini ditutup buat sementara waktu dari 22 Jan hingga 24 Jan selepas satu kes Covid-19 dikesan di premis ini.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, seorang wakil syarikat berkata kes tersebut melibatkan seorang pelanggan.

Premis ini dibuka semula pada 25 Jan (semalam).

- Bank Al Rajhi, Cawangan Kuantan, Pahang

Seorang kakitangan bank Al Rajhi di cawangan ini disahkan positif Covid-19, menurut notis yang dilihat oleh Malaysiakini.

Notis berkenaan dikeluarkan oleh bank itu hari ini.

Difahamkan, cawangan ini ditutup buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak.

- Pusat membeli-belah Tasek Central, Skudai, Johor

Pusat membeli-belah berkenaan dalam hantaran di Facebook hari ini memaklumkan seorang pekerja kedai New Market positif Covid-19 pada 23 Jan lalu.

Pekerja berkenaan kali terakhir datang bertugas pada 15 Jan, sebelum menjalani ujian swab pada 20 Jan kerana tidak sihat.

Berikutan kes itu, New Market menghentikan operasinya sejak semalam bagi kerja-kerja pembersihan. Ia juga telah menghantar kakitangan lain untuk menjalani ujian Covid-19, dan keputusannya negatif.

- Isetan KLCC Foodmarket, Kuala Lumpur

Dua pekerja di Isetan KLCC Foodmarket diuji positif Covid-19 semalam.

Premis ini akan ditutup selama 48 jam untuk proses sanitasi dan akan dibuka semula pada pukul 10 pagi, 28 Jan.

-RHB Samarahan, Sarawak

Seorang pelanggan yang datang ke sini pada 14 Januari dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari didapati positif Covid-19, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak.

- Qim's Cafe, Petrajaya Sarawak

Seorang individu yang positif Covid-19 mengunjungi kafe ini pada 14 Januari dari jam 9 malam hingga 10 malam, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak.

- Pelbagai lokasi di daerah Sibu

Individu yang positif Covid-19 mengunjungi lokasi ini beberapa hari sebelum disahkan positif, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak. Lokasi berkenaan adalah seperti berikut:

  • Supersave Sibu (13 Jan, 8.32-9 malam)
  • Hong Yuen Cafe (14 Jan,11.59 pagi hingga 12.40 malam )
  • Watson Salim Sibu (21 Jan, 2.21-2.50 petang)
  • Farley Sibu (21 Jan, 2.10-2.30 petang)
  • Pasar Mini Wan Soon (22 Jan, 8.36-9 pagi)
  • Lifestar Vegetables and Fruits Cold Storage

- Pelbagai lokasi di Sarikei, Sarawak

  • A-wie Cafe, Sarikei, Sarawak (19 Jan, 8.16-9 pagi dan 21 Jan, 7.04-7.45 malam)
  • Doremart Supermarket (19 Jan, 5.13-5.43 petang dan 23 Jan 12.29-1 tengah hari)
  • Coffee Zone, Sarikei (13 Jan, 1.03-1.40 tengah hari)
  • Super Wash N Dry (15 Jan, 11.37 pagi-1 tengah hari)
  • Wonderfull Food Corner (15 Jan, 11.39 pagi- 12.30 tengah hari)
  • Pizza Hut Delivery (16 Jan, 2.38-3.20 petang)
  • Ma Li Cafe (17 Jan, 8.22-9.15 pagi dan 18 Jan, 8.18-9 pagi)
  • 101 Kafe (18 Jan, 1.47-2.30 petang)
  • Lianpan Enterprise (18 Jan, 3.01-3.40pm)
  • Costmed Pharmacy (18 Jan, 4.38-5 petang)
  • Kafe Ping Xuan (18 Jan, 11.23 pagi - 12.15 tengah hari)
  • Hung Logistic Agency (19 Jan, 4.41-5.10 petang)
  • 100% Superstore (21 Jan, 5.53-6.30 petang dan 23 Jan, 4.04-4.30 petang)
  • Mark Bundle (23 Jan, 3.31-4.10 petang)
  • Bake With Yen (23 Jan, 12.47-1.30 petang)
  • Magic Hair Salon (23 Jan, 1.38-2.20 petang)

- Pelbagai lokasi di Bintulu, Sarawak

Individu yang positif Covid-19 mengunjungi lokasi ini beberapa hari sebelum disahkan positif, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak.

Senarai tersebut adalah seperti berikut:

  • Chiew Brothers Hardware (20 Jan)
  • Mahamas Sdn Bhd, Park City Commerce Square (22 Jan)
  • Lot 968 Chiew Brothers Hardware, Kidurong Light (24 Jan)
  • King's Laundry, Homey Guesthouse Medan (19 Jan, 11.39am-12.20pm)
  • King Hua Cafe (19 Jan, 3.30-4pm)
  • Pusat Beli-belah Parkcity (21 Jan, 5.30-6pm)
  • Econsave Bintulu (22 Jan, 5.36-6pm)
  • Mr DIY Naim Street Mall (22 Jan, 7-7.30pm)
  • Yaya Trading (22 Jan, 7-7.30pm)

- Pelbagai lokasi di Miri, Sarawak

Individu yang positif Covid-19 mengunjungi lokasi ini beberapa hari sebelum disahkan positif, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak. Lokasi tersebut adalah:

  • JJF's Kitchen, Piasau (14 Jan, 9.30-10am)
  • Fook Hai Food Centre (16 Jan, 7-7.30 pagi)
  • Ma Baker, Permyjaya (19 Jan, 7-7.15pm)
  • Ah Lo Traditional Noodle Shop (22 Jan, 6.30-7am)


KEDIAMAN

- Pangsapuri Jasmin, Taman Setapak Jaya, Kuala Lumpur

Seorang penghuni di tingkat 6 dan tingkat 7 di blok B diuji positif Covid-19, kata pihak pengurusan dalam dua notis berasingan kepada penduduk masing-masing bertarikh 23 Jan dan 25 Jan.

Pesakit di tingkat 6 menjalani kuarantin kendiri di rumah manakala pesakit di tingkat 7 telah dibawa ke hospital, katanya.

Pihak pengurusan meminta penduduk di blok yang sama untuk berada di rumah selama 14 hari.

- Residensi Sentulmas, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur

Seorang penduduk di tingkat 23 diuji positif Covid-19 semalam, kata pihak pengurusan dalam notis kepada penduduk.

Pihak pengurusan memaklumkan akan membersihkan kawasan tercemar dengan lebih kerap.

- The Wharf Residence, Puchong, Selangor

Kes Covid-19 di kalangan penduduk dilaporkan pada 19 Jan (Tingkat 29, menara 28) 21 Jan (Tingkat 9, menara 28) dan 25 Jan (Tingkat 18, menara 32).

Ini berdasarkan notis berasingan yang dikeluarkan kepada penghuni oleh pihak pengurusan, yang dilihat oleh Malaysiakini.

Semua kemudahan di bangunan berkenaan ditutup, kata pihak pengurusan.

- Rumah Panjang RH Clearance, Miri, Sarawak

Penghuni di rumah panjang ini disahkan positif pada 18 dan 19 Jan, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak.

- Kondominium Puri Aiyu, Shah Alam, Selangor

Seorang penduduk didapati positif Covid-19 semalam, kata pihak pengurusan dalam notis kepada penduduk, yang dilihat Malaysiakini.

Individu yang dijangkiti mempunyai kontak dengan individu lain yang dijangkiti di Blok A dan B, kata pihak pengurusan.

Sehubungan dengan itu, kawasan yang tercemar di kedua-dua blok akan dibersihkan, manakala fasiliti di kondo itu ditutup.

- SOHO Suites KLCC, Jalan Perak, Kuala Lumpur

Seorang penduduk di Blok A3, tingkat 22 diuji positif Covid-19, kata pihak pengurusan kepada penduduk dalam notis bertarikh hari ini.

Proses sanitasi telah dijalankan di kawasan tercemar, katanya dalam notis yang dilihat oleh Malaysiakini.


PEJABAT

- Pusat Dagangan Phileo Damansara 2, Petaling Jaya, Selangor

Pihak pengurusan memaklumkan penghuni Blok B diuji positif Covid-19 pada 22 Januari.

Kerja-kerja sanitasi akan diteruskan. Pihak pengurusan juga meminta pemilik dan penyewa mengambil langkah berjaga-jaga serta segera memaklumkan mengenai sebarang kes Covid-19.


KAWASAN KILANG DAN INDUSTRI

- Poh Huat Furniture Sdn Bhd, Bukit Pasir, Muar, Johor

Sebanyak 543 daripada 1,400 pekerja yang disaring di sini diuji positif Covid-19. Perkara itu dimaklumkan syarikat induknya, Poh Huat Resources Holdings Bhd kepada Bursa Malaysia hari ini.

Justeru itu, operasi ditangguhkan sehingga 3 Februari sementara menunggu nasihat Kementerian Kesihatan.

Syarikat itu berkata ia tidak menjangkakan kesan terhadap prestasi kewangannya, selain kos ujian swab, pembasmian kuman dan elaun makan harian untuk pekerja asing yang menjalani kuarantin.


PASAR

- Pasar Malam Bintulu, Sarawak

Seorang pesakit Covid-19 berkunjung ke sini pada 22 Januari dari jam 6 petang hingga 6.30 petang.


INSTITUSI PENDIDIKAN

- Tadika Cherie Hearts Setia Tropicana, Johor Bahru, Johor

Seorang guru di sini diuji positif Covid-19, menurut notis yang dikeluarkan oleh pengurusan Cherie Hearts pada 22 Januari.

Menurut notis yang dilihat oleh Malaysiakini, guru berkenaan tidak datang bertugas sejak 16 Jan.

Pusat ini ditutup buat sementara waktu sejak 23 Jan, dan dijadualkan beroperasi semula esok (27 Jan).

[Senarai terkini akan dikemas kini]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS