Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Anwar: K'jaan patut lebih tegas pada majikan cetus kluster Covid-19

Kerajaan digesa mengenakan tindakan lebih tegas terhadap majikan yang didapati menyumbang kepada kewujudan kluster Covid-19 di tempat kerja.

Ketika membuat gesaan itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini kerana banyak laporan telah dibuat berhubung pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di asrama pekerja warga asing yang dikenal pasti sebagai antara lokasi berisiko tinggi penularan virus tersebut.

“Kenapa syarikat tersebut terus dibiarkan melanggar SOP PKP tanpa sebarang tindakan? Kerajaan mempunyai masa untuk menggerakkan penguat kuasa bagi memantau dan menguatkuasakan SOP itu, namun ini tidak berlaku,” kata Presiden PKR tersebut menerusi sesi siaran langsung Facebook beliau hari ini.

Anwar turut mempertikaikan keputusan kerajaan membenarkan operasi sektor tertentu yang didakwanya antara penyumbang kepada penularan Covid-19 di negara ini.

“Membenarkan sektor-sektor ini beroperasi hanya akan memanjangkan tempoh pelaksanaan PKP dengan akibatnya ditanggung oleh jutaan rakyat Malaysia yang pada masa ini berusaha membantu memperlahankan penularan pandemik itu,” katanya.

- Bernama


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS