Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Apa boleh dijangka jika penutupan penuh dilaksana?
Diterbitkan:  Jan 25, 2021 8:30 PM
Dikemaskini: 12:30 PM

Rakyat Malaysia dikejutkan semalam berikutan laporan yang mengatakan bahawa kerajaan kemungkinan melaksanakan penutupan penuh aktiviti ekonomi sekiranya jumlah kes Covid-19 terus meningkat walaupun perintah kawalan pergerakan (PKP) tamat pada 4 Feb.

Dewan Perdagangan dan Perindustrian Kesatuan Eropah-Malaysia (Eurocham Malaysia) telah menjelaskan bahawa tarikh akhir 4 Februari itu adalah sekadar panduan dan tidak disebut tentang pelaksanaan serta-merta.

Bagaimanapun, kemungkunan itu sudah menjadi kebimbangan beberapa pengurus industri yang menghubungi Malaysiakini untuk mendapatkan pengesahan.

Ini memandangkan selepas 13 hari PKP 2.0 dilaksanakan, jumlah kes Covid-19 baru nampaknya tidak menurun, meskipun Kementerian Kesihatan mengambil pendekatan baru untuk mengurangkan ujian kontak rapat.

 

Sejak PKP 2.0 bermula pada 12 Januari, Malaysia melaporkan purata 3,506 kes Covid-19 baru setiap hari, meningkat daripada purata 2,278 kes baru dalam tempoh yang sama sebelumnya.

Lebih-lebih lagi, sejak 12 Januari, jumlah kes Covid-19 dari kalangan yang mempunyai gejala di Selangor - negeri paling pesat perindustrian di Malaysia - tidak dapat dikaitkan dengan kluster, semakin meningkat.

Untuk rekod, mereka yang mempunyai gejala lebih cenderung menularkan Covid-19 berbanding pesakit positif yang tidak mempunyai gejala.

Dengan latar belakang ini, artikel ini akan mengkaji semula sekatan ekonomi yang dikenakan pada 8 Mac hingga 4 Mei tahun lalu (PKP 1.0).

Semasa PKP 1.0, hanya perkhidmatan kerajaan "penting" yang dibenarkan beroperasi. Beberapa perkhidmatan, seperti pembaharuan lesen memandu atau cukai jalan ditangguhkan sehingga 29 April tahun lalu. Jabatan Imigresen hanya membuka bahagian pasport mereka pada 4 Mei tahun lalu.

Untuk PKP 2.0, hampir semua perkhidmatan kerajaan berjalan walaupun sesetengah diterhadkan tempoh operasi. Pusat-pusat transformasi bandar yang popular, yang ditutup hingga 18 Jun semasa PKP 1.0, dibenarkan untuk dibuka sehingga jam 10 malam semasa PKP 2.0.

Semasa PKP 1.0, senarai sektor ekonomi "penting" pada awalnya sangat terhad tetapi secara beransur-ansur dilonggarkan selepas itu.

Senarai sektor yang dibenarkan pada mulanya hanya terdiri daripada kewangan, utiliti, perkhidmatan penyelamatan, pelabuhan / lapangan terbang, pos dan kurier, pusat tahanan, perkhidmatan kesihatan, pengurusan sampah, media massa, telekomunikasi, pengangkutan, industri yang berkaitan dengan pertahanan, makanan, runcit, e-dagang, pengurusan hidupan liar dan hotel.

Pada dasarnya, mana-mana perniagaan atau kilang yang ingin beroperasi semasa PKP 1.0 perlu memohon kebenaran dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti).

Sehubungan dengan itu, sebahagian besar industri perkhidmatan Malaysia, yang menyumbang 55 peratus daripada KDNK, dan industri pembuatan dan pembinaan (sekitar 25 peratus daripada KDNK), harus berhenti beroperasi sehingga mereka mendapat kebenaran Miti.

Secara beransur-ansur, kilang-kilang dibenarkan untuk dibuka, pada mulanya dengan kapasiti 50 peratus kakitangan sebelum ditingkatkan kepada 70 peratus selepas itu.

Ini menyebabkan gangguan rantaian bekalan makanan yang besar (sebahagiannya terbazir), penahanan besar-besaran di pelabuhan kerana penghantaran tidak dapat dilakukan kepada syarikat yang terpaksa ditutup dan kebanyakan tapak pembinaan dan pengubahsuaian tidak boleh beroperasi.

Penutupan itu menjejaskan ekonomi Malaysia, dengan perubahan KDNK Q2 2020 yang mencecah -16.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya. Ini lebih teruk daripada penguncupan Q4 1998 semasa kemuncak krisis kewangan Asia.

Pada masa ini, PKP 2.0 dilihat lebih longgar.

Hampir semua jenis pengeluar dibenarkan untuk terus beroperasi seperti biasa. Kerja-kerja pembinaan yang melibatkan infrastruktur awam, penyelenggaraan kritikal atau penginapan di lokasi dibenarkan untuk beroperasi.

 

Peruncit dan perkhidmatan seperti kedai perabot, barang kemas, pajak gadai, kedai serbaneka, alat tulis dan kenderaan, peruncit, dibenarkan di bawah PKP 2.0.

Namun, sejak PKP 2.0 berkuat kuasa, kluster Covid-19 baru terus muncul dari tempat kerja di seluruh negara, terutama kilang dan tapak pembinaan.

Terdapat banyak bukti bahawa kluster kilang, seperti kluster lain yang kelihatan tertutup seperti penjara, dapat menular ke masyarakat sekitar.

Hari ini, Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM) mengemukakan permohonan untuk menggesa anggotanya memainkan peranan bagi memastikan menangani penularan Covid-19 agar penutupan ekonomi penuh tidak dilaksanakan.

Presiden FMM Soh Thian Lai dalam satu kenyataan menyatakan bahawa daripada 319 kelompok Covid-19 yang aktif, 99 mempunyai kaitan dengan sektor pembuatan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS