Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Covid-19: Rekod baru untuk kes positif dan pesakit sembuh
Diterbitkan:  Jan 23, 2021 6:28 PM
Dikemaskini: 12:45 PM

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 4,275 kes baru Covid-19 yang dilaporkan setakat tengah hari ini.

Jumlah pesakit sembuh bagi tempoh sama pula adalah seramai 4,313 orang.

Kedua-duanya merupakan jumlah tertinggi yang dilaporkan setakat ini.

Bilangan pesakit sembuh juga menjadikan jumlah kes aktif menurun buat pertama kali dalam tempoh 15 hari.

Berikut adalah maklumat utama kes Covid-19 di Malaysia untuk hari ini:

Kes aktif: 42,769 ↓ (kurang 45 berbanding semalam)

Pesakit dalam ICU: 260 ↑ (lebih 9 berbanding semalam)

Pesakit dengan bantuan pernafasan: 103 ↑ (lebih 1 berbanding semalam)

Korban: 7

Selangor menjadi negeri dengan kes baru tertinggi, iaitu sebanyak 1,421 kes (33.2 peratus). Lebih separuh daripada jumlah itu, iaitu 954 kes (67.1 peratus) dikesan daripada kluster dan saringan kontak rapat.

Ia disusuli Kuala Lumpur dengan 548 kes (12.8 peratus) dan Sabah dengan 498 kes (11.6 peratus).

Hanya 0.6 peratus, iaitu 26 kes, daripada jumlah kes baru hari ini berkaitan dengan kluser penjara.

Berikut adalah pecahan kes baru mengikut negeri:

  • Selangor (1,421)
  • Kuala Lumpur (548)
  • Sabah (498)
  • Johor (425)
  • Melaka (278)
  • Perak (208)
  • Sarawak (193)
  • Pulau Pinang (162)
  • Terengganu (131)
  • Negeri Sembilan (108)
  • Kedah (105)
  • Kelantan (78)
  • Pahang (75)
  • Putrajaya (35)
  • Perlis (7)
  • Labuan (3)

Maklumat korban:

Kes 135,793 - Lelaki berusia 69 tahun. Meninggal di Hospital Melaka.

Kes 140,367 - Perempuan berusia 50 tahun. Meninggal dunia di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, Johor.

Kes 147,394 - Lelaki berusia 74 tahun. Meninggal dunia di Hospital Sibu, Sarawak.

Kes 152,504 - Lelaki berusia 42 tahun. Meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Kes 173,298 - Perempuan berusia 82 tahun. Meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras, Selangor.

Kes 174,069 - Lelaki berusia 46 tahun. Meninggal dunia di Hospital Selayang, Kuala Lumpur.

Kes 174,599 - Lelaki berusia 52 tahun. Meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor.

'Majikan perlu bantu KKM, negara'

KKM memaklumkan terdapat 11 lagi kluster baru yang dikenal pasti, dengan 341 kluster yang masih aktif.

KKM menyuarakan kebimbangan dengan meningkatnya kes serta kluster berkaitan tempat kerja, bagaimanapun mengatakan ia mungkin kerana peningkatan ujian yang dilakukan secara bertumpu melibatkan kawasan itu.

Menurut KKM lagi, setakat semalam, 225 daripada 350 kluster baru (64.3 peratus) merupakan yang berkaitan dengan tempat kerja.

Sejumlah 112,225 pekerja telah disaring dengan 25.4 peratus (28,477 orang) dikesan positif.

Bagi kluster kategori ini, KKM berkata kluster berkaitan kilang mencatat jumlah tertinggi iaitu sebanyak 80 kluster, diikuti tapak pembinaan (53) dan perkhidmatan (31).

"KKM ingin menyeru semua majikan dan para pekerja supaya bersama-sama memainkan peranan dalam membantu KKM dan negara membendung penularan Covid-19 di tempat

kerja dengan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

"Majikan bertanggungjawab untuk menyediakan tempat kediaman pekerja yang kondusif di samping memastikan pekerja sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan Covid-19," kata KKM.

Berikut adalah perincian kluster baru hari ini:

Kluster Tapak Bina Bali Residence

  • Daerah: Melaka Tengah, Alor Gajah
  • Lokaliti: Tapak pembinaan Kawasan Bandar V1
  • Kategori: Tempat kerja
  • Kes pertama: 13 Jan
  • Jumlah kes: 204 daripada 403 yang disaring

Kluster Tapak Bina Jalan Wangsa

  • Daerah: Titiwangsa, Kuala Lumpur
  • Lokaliti: Wangsa Maju
  • Kategori: Tempat kerja
  • Kes pertama: 23 Jan
  • Jumlah kes: 45 daripada 289 yang disaring

Kluster Kampung Bukit Biah

  • Daerah: Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Besut, Kemaman
  • Lokaliti: Kampung Bukit Biah
  • Kategori: Keagamaan
  • Kes pertama: 16 Jan
  • Jumlah kes: 39 daripada 131 yang disaring

Kluster Jalan Timah Dua

  • Daerah: Johor Bahru, Johor
  • Lokaliti: Pasir Gudang
  • Kategori: Tempat kerja
  • Kes pertama: 23 Jan
  • Jumlah kes: 34 daripada 281 yang disaring

Kluster Persiarang Tanjung

  • Daerah: Johor Bahru, Johor
  • Lokaliti: Kampung Tanjung Langsat
  • Kategori: tempat kerja
  • Kes pertama: 23 Jan
  • Jumlah kes: 33 daripada 151 yang disaring

Kluster Kilang Setapak

  • Daerah: Titiwangsa, Kuala Lumpur
  • Lokaliti: Setapak
  • Kategori: Tempat kerja
  • Kes pertama: 23 Jan
  • Jumlah kes: 30 daripada 48 yang disaring

Kluster Tembok Sungai Udang

  • Daerah: Melaka Tengah, Melaka
  • Lokaliti: Pusat tahanan Sungai Udang
  • Kategori: Pusat Tahanan
  • Kes pertama: 15 Jan
  • Jumlah kes: 25 daripada 53 yang disaring

Kluster Jalan Canggih

  • Daerah: Johor Bahru, Johor
  • Lokaliti: Jalan Canggih, Ulu Tiram
  • Kategori: Tempat kerja
  • Kes pertama: 23 Jan
  • Jumlah kes: 22 daripada 457 yang disaring

Kluster Tapak Bina Lebuh Puteri

  • Daerah: Petaling, Selangor
  • Lokaliti: Bandar Puteri Puchong
  • Kategori: Tempat kerja
  • Kes pertama: 23 Jan
  • Jumlah kes: 19 daripada 200 yang disaring

Kluster Kampung Bombalai

  • Daerah: Tawau dan Kalabakan, Sabah
  • Lokaliti: Kampung Bombala
  • Kategori: Tempat kerja
  • Kes pertama: 16 Jan
  • Jumlah kes: 16 daripada 59 yang disaring

Kluster Kampung Guntong Luar

  • Daerah: Setiu, Kuala Nerus, Terengganu
  • Lokaliti: Kampung Guntong Luar
  • Kategori: Komuniti
  • Kes pertama: 14 Jan
  • Jumlah kes: 13 daripada 65 yang disaring


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS