Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemimpin tertinggi Al-Shabaab terbunuh dalam serangan udara
Diterbitkan:  Jan 20, 2021 11:56 AM
Dikemaskini: 3:56 AM

GLOBAL l Tiga pemimpin kumpulan Al-Shabaab terbunuh dalam serangan udara dilancarkan tentera Amerika Syarikat (AS), lapor Agensi Anadolu.

Serangan udara itu dilancarkan bersama dengan pasukan tentera Somalia pada 19 Januari di sekitar daerah Jamaame dan Deb Scinnele.

"Serangan itu menyasarkan pemimpin al-Shabaab yang terlibat dalam menghasilkan bom buatan sendiri (IED), latihan tempur dan perancangan serangan," kata Mejar Jeneral Tentera Udara AS, Dagvin Anderson.

Kementerian Penerangan Somalia dalam satu kenyataan berkata tiada orang awam yang terbunuh atau cedera dalam serangan itu.

Tambah kementerian "kerjasama ini bertujuan untuk membebaskan Somalia daripada cengkaman al-Shabaab dan menyediakan masa depan lebih baik untuk rakyat Somalia."

Menurut laporan Action on Armed Violence (AOAV) sebuah institusi penyelidikan yang berpangkalan di United Kingdom, 73 peratus kematian orang awam di Somalia pada 2019 disebabkan IED.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS