Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes kritikal Covid-19 naik sekali ganda dalam tempoh 2 minggu

Peratusan kes kritikal wabak Covid-19 meningkat sekali ganda hanya dalam tempoh kira-kira dua minggu.

Ia di saat Kementerian Kesihatan (KKM) menambah 14 hospital kerajaan lagi sebagai hospital Covid-19 dan menambah katil untuk merawat pesakit wabak itu.

Kes Covid-19 dibahagikan kepada lima ketegori dengan tahap paling kritikal ialah Kategori 4 (pesakit yang mengalami pneumonia dan memerlukan bantuan pernafasan) dan Kategori 5 (pesakit dengna penyakit kritikal dan kegagalan organ).

Menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) KKM, setakat 4 Januari pesakit dua kategori itu merangkumi sembilan peratus daripada semua pesakit.

Hanya dua minggu kemudian, kadar itu meningkat kepada 15 peratus, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Dengan 39,464 kes aktif di seluruh negara setakat ini, peratusan itu menunjukkan kira-kira seramai 5,900 pesakit dalam keadaan kritikal.

"Pesakit Kategori 4 dan 5 telah meningkat kepada 15 peratus. Ini amat tinggi.

"Jika kita campur dengan pesakit Kategori 3, ini menjadikan kadar kira-kira 20 peratus (daripada semua pesakit)," katanya ketika sidang media hari ini.

Pesakit Kategori 3 adalah mereka yang mempunyai gejala serius.

539 lagi katil Covid-19

Pada masa ini, hospital kerajaan merawat pesakit Kategori 3,4 dan 5.

Bermula bulan ini, Noor Hisham berkata sebanyak 539 katil lagi akan diperuntukkan untuk merawat pesakit wabak itu di lapan negeri.

Katil ini akan ditempatkan di 14 hospital yang sebelum ini tidak digunakan untuk merawat pesakit wabak itu.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS