Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Upko gesa uji semua kontak rapat pesakit Covid-19
Diterbitkan:  Jan 19, 2021 2:14 PM
Dikemaskini: 6:14 AM

Kerajaan Sabah diingatkan agar tidak mengikut keputusan Putrajaya untuk mengehadkan prosedur penelusuran kontak hanya kepada mereka yang menunjukkan gejala, kata Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) Sabah, Wilfred Madius Tangau.

Ahli Parlimen Tuaran itu berkata, ini demikian kerana sempadan Sabah lebih terdedah dengan warga asing kerana garis pantai yang panjang dan adanya "jalan tikus" (laluan haram) di sepanjang perbatasan Indonesia dan Filipina.

"Pembuat keputusan di Putrajaya tidak boleh menganggap setiap bahagian Malaysia seperti Lembah Klang, di mana sekatan jalan polis cukup untuk menyekat perjalanan antara negeri dan antara daerah.

"Di Sabah, bagaimana kita mahu membuat sekatan jalan raya di Laut China Selatan dan Laut Sulu?" katanya dalam satu kenyataan.

Wilfred berpendapat bahawa dasar Putrajaya mengenai penelusuran kontak bermaksud orang Sabah akan sangat rentan terhadap ancaman kes import Covid-19.

"Tidakkah kerajaan negeri seharusnya menolak dasar yang mungkin membahayakan keselamatan masyarakat kita?" katanya.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan surat pekeliling mengenai prosedur baru di mana kontak rapat yang tidak menunjukkan gejala tidak akan diuji.

Bagi kluster Covid-19, hanya peratusan kumpulan yang akan diuji kerana tidak ada kapasiti yang cukup untuk menguji semua orang susulan lonjakan kes.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS