Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Lebih 80 terkorban gempa di Sulawesi Jumaat lalu
Diterbitkan:  Jan 18, 2021 2:19 PM
Dikemaskini: 6:19 AM

GLOBAL l Pihak berkuasa Indonesia merekodkan lebih 80 orang terkorban setakat ini dalam kejadian gempa bumi bermagnitud 6.2 pada skala Richter di Sulawesi Barat, Jumaat lepas.

Operasi mencari dan menyelamat bagi mengesan mereka yang dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan bangunan masih diteruskan.

Menurut Ketua Pusat Data, Informasi dan Komunikasi Kebencanaan Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Dr Raditya Jati, berdasarkan data sementara yang dikumpul pada 8 pagi tadi, sebanyak 70 mayat telah ditemukan di Kabupaten Mamuju, manakala 11 lagi mayat ditemukan di Kabupaten Majene.

"Seramai 19,345 penduduk kini ditempatkan di pusat-pusat pemindahan sementara, lebih 800 cedera dalam kejadian itu selain sebanyak 1,150 unit rumah dan bangunan termasuk sekolah dan sebuah hospital rosak dan runtuh," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian 1.28 pagi waktu Indonesia Timur pada 15 Jan lepas, Sulawesi Barat digegarkan oleh gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter yang diikuti lebih 30 gempa susulan bermagnitud bawah 5.5 pada skala Richter.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS