Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jepak belum terima surat tuntutan saman isu levi RM1.65 juta - peguam

Jepak Holdings Sdn Bhd sedang mempertimbangkan tindakan seterusnya berhubung tuntutan saman yang melibatkan dakwaan cukai levi yang tidak dibayar melebihi RM1.65 juta yang berkaitan dengan projek tenaga hibrid solar Sarawak.

Peguam syarikat itu, Shim De Zhen hari ini mendakwa pihaknya tidak pernah menerima surat tuntutan mengenai tuntutan saman itu oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

"Kerta kausa tidak pernah diterima oleh Jepak. Kami hanya mengetahuinya dari berita yang dikeluarkan minggu lalu,” katanya kepada Malaysiakini.

Dia berkata demikian sebagai respons laporan berita bahawa para peguam CIDB dikatakan telah menyampaikan salinan saman itu di Jepak Holdings pada 8 Disember tahun lalu.

Peguam itu menambah bahawa perkara ini hadir ketika pengurusan kehakiman yang sedang berlangsung, dalam kes undang-undang yang berasinga, yang melibatkan Jepak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Shim juga merujuk kepada kes berasingan di mana Jepak meminta pengurusan kehakiman untuk membolehkannya membayar hutangnya yang berkaitan dengan projek solar.

Pada hari Jumaat minggu lalu, dilaporkan bahawa CIDB mengajukan surat saman terhadap Jepak Holdings atas tuduhan gagal membayar levi lebih RM1.65 juta.

CIDB, ​​melalui firma guaman Tetuan Hazura Yusoff & Partners, mengajukan tindakan undang-undang di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2 Disember tahun lalu.

Projek kontroversi hibrid solar itu juga merupakan subjek kepada kes rasuah Rosmah Mansor, isteri bekas perdana menteri Najib Razak.

Kementerian Pendidikan memberikan projek solar kepada Jepak Holdings, yang bertujuan untuk memberi manfaat kepada 369 sekolah luar bandar di Sarawak dengan kos RM1.25 bilion.

Menurut dokumen mahkamah, CIDB mendakwa bahawa Jepak memaklumkannya akan dianugerahkan projek itu pada November 2016.

Lembaga itu mendakwa bahawa apabila syarikat menyatakan bahawa ia dianugerahkan projek itu, ia mesti membayar levi sebanyak RM1,656,250 yang berkuat kuasa mulai 12 Jun 2019.

Plaintif mendakwa bahawa pihaknya diberi kuasa oleh Akta CIDB 1994 untuk mengenakan levi bagi projek yang mempunyai nilai kontrak RM500,000 ke atas.

CIDB mendakwa bahawa walaupun para peguamnya mengeluarkan Surat Tuntutan bertarikh 16 Ogos 2019, kepada Jepak, syarikat itu masih gagal menyelesaikan pembayaran levi tersebut.

Plaintif, antara lain, meminta perintah mahkamah agar defendan membayar levi yang belum dibayar sebanyak RM1,656,250 pada 16 Ogos 2019.

Menurut Afidavit Perkhidmatan yang diajukan oleh peguam CIDB pada 12 Januari tahun ini, kertas kausa saman itu diserahkan kepada syarikat tersebut melalui pos berdaftar pada 8 Disember tahun lalu.

Jepak Holdings juga terlibat dalam saman terhadap Kementerian Pendidikan atas tuduhan penamatan projek secara salah.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS