Senarai lokasi lalu: 31 Dis | 2 Dis | 3 Jan | 7 Jan | 8 Jan | 9 Jan | 10 Jan | 11 Jan | 13 Jan | 14 Jan | 16 Jan
Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.
Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa.
Sekiranya anda ada mengetahui mana-mana lokasi yang terjejas akibat Covid-19 tetapi tidak disenaraikan di sini, sila maklumkan kepada kami dengan hantarkan e-mel ke [email protected].
KEDIAMAN
- Nova Saujana, Shah Alam, Selangor
Seorang penduduk di Blok A diuji positif Covid-19, kata pihak pengurusan pada Jumaat.
Ini adalah kes kedua bulan ini, dengan kes pertama dilaporkan pada 7 Januari.
- Taman Raintree, Batu Caves, Selangor
Sebanyak 13 kes Covid-19 dikesan di townhouse Ariza dan blok kondominium Semarak dan kondominium Penaga di kawasan perumahan Taman Raintree, kata pihak pengurusan.
Tiga kes terbaru yang disahkan positif Covid-19 dalam tiga hari lalu adalah dari Blok Penaga dan mereka menjalani kuarantin sementara menunggu arahan dari Kementerian Kesihatan.
Mereka berada di Tingkat 16, 22 dan 15, kata pihak pengurusan dan dipercayai dijangkiti melalui kontak dengan individu yang dijangkiti di luar kawasan ini.
- Kampung Bukit Lada, Temerloh, Pahang
Seorang penduduk di sini didapati positif Covid-19 setelah pulang dari Selangor. Setakat ini, jangkitan telah merebak dari kes indeks kepada 18 orang lain.
Kluster tersebut disebut Rantai Lada dan dikesan di daerah Temerloh dan Maran.
- Jalan Solok, Pantai Peringit, Melaka
Seorang penduduk di sini didapati positif Covid-19 pada 11 Januari. Sejak itu, 128 kontak rapat telah disaring dan 24 diuji positif hingga kini.
Kluster tersebut dikenali sebagai Pantai Peringit.
- Vista Impiana, Seri Kembangan, Selangor
Seorang penduduk Blok A diuji positif Covid-19 pada 12 Januari, kata pihak pengurusan.
Kerja-kerja pembasmian kuman telah dilakukan di dalam lif dan kawasan yang terjejas.
- One Menerung, Bangsar, Kuala Lumpur
Kluster kes ini dikesan di kalangan pengawal keselamatan di kompleks kediaman mewah ini.
Sehingga kini, sebanyak 23 daripada 26 individu disaring positif, kata Kementerian Kesihatan.
Pada 4 Januari, pihak pengurusan berkata seorang pengawal peribadi dan pemandu disahkan positif Covid-19.
- Pangsapuri Megaria Tulip, Seri Kembangan, Selangor
Dua penghuni di Blok B1 diuji positif Covid-19 hari ini, kata pihak pengurusan.
Semua kawasan dan lif akan dinyahkuman, katanya.
- Rumah Warga Tua “Anning” Ipoh, Perak
Seramai 13 orang termasuk tujuh warga emas dan enam pekerja di sini dilaporkan positif Covid-19 pada 14 Jan.
Pengerusinya Marcus How Kok Peng berkata semua orang di rumah itu diuji negatif pada bulan Disember.
Bangunan ini diletakkan dalam pengawasan sehingga 20 Januari. Pengunjung tidak dibenarkan masuk manakala penghuni hanya boleh keluar apabila perlu sahaja.
Jabatan Kesihatan negeri akan membasmi kuman dan membersihkan rumah ini.
- Pangsapuri Aman Dua, Kepong, Selangor
Pihak pengurusan mengesahkan kes Covid-19 dikesan di AD3, Level 2.
Pembasmian kuman telah dilakukan di semua kawasan umum.
- Platinum Hill PV8 Condominium, Setapak, Kuala Lumpur
Dalam notis 16 Januari, pihak pengurusan berkata seorang penduduk dari Tingkat 13a, Blok B didapati positif Covid-19.
Empat penduduk yang tinggal di unit kediaman sama telah dinasihatkan untuk menjalani ujian dan kuarantin kendiri.
Pembasmian kuman akan dilakukan di semua kawasan umum.
BANGUNAN KERAJAAN
- Depot Tahanan Imigresen Sepang, Selangor
Sebanyak 80 kes telah dikesan sehingga kini. Mereka adalah sebahagian daripada kluster DTI Sepang 2.
Kes indeks dikesan pada 3 Januari, melalui ujian saringan terhadap seorang tahanan yang akan dihantar pulang.
- Wisma Pelayaran Tentera Laut Diraja Malaysia Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah
Kluster kes dikesan di kalangan anggota tentera laut yang berpusat di sini.
Sejumlah 15 kes telah dikesan sehingga kini dalam kluster yang dikenali sebagai Jalan Mawila.
Kluster tersebut dikesan pada 13 Jan.
- Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya
Setiausaha politik Menteri Sumber Manusia Khamarulazlan Mohamad Hanafiah menghadiri mesyuarat di pejabatnya di sini dengan ketua Bahagian MCA Ayer Hitam, Ling Tian Soon pada 9 Januari.
Khamarulazlan diuji positif Covid-19 semalam, menurut isterinya di media sosial.
Dalam gambar yang dimuat naik oleh Ling di laman Facebooknya, Khamarulazlan tidak memakai pelitup muka. Ling bagaimanapun memakai pelitup muka.
Dalam hantarannya hari ini, Ling berkata dia telah menjalani ujian Covid-19 sebagai langkah berjaga-jaga dan disahkan negatif.
- Depot Tahanan Imigresen Pekan Nanas, Taman Emas, Johor
Sejak itu, 40 tahanan lain di depot tahanan imigresen ini disahkan positif sehingga 16 Jan, kata Kementerian Kesihatan.
PERNIAGAAN
- Homestay Dewan Nahandang, Kampung Melangkap Tiong, Kota Belud, Sabah
Para peserta kursus Pensijilan Profesional dalam Kecekapan dan Amalan Pengurusan di sini pada 4-7 Jan dan 11-12 Jan digesa tampil melakukan ujian Covid-19.
Ujian akan dilakukan pada pukul 9.30 pagi hingga 11.30 pagi esok di Dewan Taman Ikan Jinak, Kampung Melangkap Tiong, kata Pejabat Kesihatan Kota Belud dalam satu notis.
- Honda Weststar Auto Sdn Bhd, Ampang, Selangor
Seorang kakitangan didapati positif Covid-19 semalam.
Dia kali terakhir bertugas pada 12 Januari dan telah menjalani kuarantin di rumah sejak itu.
Pusat servis Honda ini ditutup buat sementara waktu untuk kerja pembersihan manakala semua kakitangan dan kontak rapat akan menjalani ujian.
KAWASAN KILANG DAN INDUSTRI
- Jalan Perak 4, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Johor
Satu kluster dikesan melalui ujian saringan di sebuah kilang di sini, kata Kementerian Kesihatan.
Sebanyak 35 kes telah dikesan sementara 504 pekerja telah menjalani ujian setakat ini.
Nama kilang itu tidak didedahkan dan kluster tersebut dikenali sebagai Jalan Perak.
TAPAK PEMBINAAN
- Tapak pembinaan di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur
Ujian di kalangan pekerja di tapak pembinaan di Jalan Yap Kwan Seng mendapati 21 daripada 47 pekerja positif, kata Kementerian Kesihatan hari ini.
Nama projek pembinaan itu tidak dinyatakan.
INSTITUSI PENDIDIKAN
- Institut Latihan Perindustrian Labuan, Labuan
Sehingga kini, sebanyak 12 kes telah dikesan dalam kluster Jalan Mohammed Salleh, yang dikesan di pusat latihan ini.
Kes indeks dikesan pada 11 Januari melalui ujian bergejala membabitkan seorang individu yang melakukan perjalanan dari Sabah.
- Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah , Negeri Sembilan
Sekurang-kurangnya satu kes dikesan di kalangan pelajar di kolej ini, kata pihak pengurusan kolej dalam notis.
Kes tersebut disahkan secara bebas oleh Malaysiakini .
Menurut notis berkenaan, kolej ini ditutup dari 15 hingga 22 Januari bagi kerja-kerja pemberishan manakala kontak rapat akan menjalani ujian saringan dan kuarantin Covid-19 di luar kampus.
Pembelajaran akan dilakukan secara dalam talian, manakala kafe kolej akan beroperasi seperti biasa namun hanya dibenarkan untuk bungkus sahaja.
Ibu bapa tidak dibenarkan mengunjungi atau menghantar apa-apa melalui penghantaran dan pelajar tidak digalakkan memesan makanan dari tempat lain, menurut notis itu.
Usaha Malaysiakini menghubungi pihak pengurusan kolej gagal. Kementerian Pendidikan berkata ia tidak boleh membuat sebarang kenyataan mengenai jangkitan Covid-19 sebelum diumumkan Kementerian Kesihatan.
Anggota exco Negeri Sembilan bagi kesihatan, S Veerapan tidak menjawab pertanyaan ketika diminta mengesahkan perkara itu, manakala exco pendidikan Mohamad Rafie Abdul Malek berkata dia tidak dapat membuat sebarang kenyataan berhubung Covid-19.
KEMUDAHAN SUKAN DAN REKREASI
- Institut Sukan Negara (ISN), Bukit Jalil, Kuala Lumpur
ISN mengesahkan tiga pegawainya yang terlibat dengan kem latihan berpusat secara kuarantin didapati positif Covid-19 ketika ujian dijalankan pada 12 Jan lepas.
Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Ahmad Faedzal Md Ramli berkata kesemua individu itu diuruskan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan pihaknya telah mengambil tindakan susulan sewajarnya.
Senarai kontak rapat juga telah dikenal pasti untuk mereka menjalani ujian saringan Covid-19 dan kini diletakkan di bawah ‘Home Surveillance Order (HSO)’.
Kerja-kerja pembersihan serta sanitasi juga telah dijalankan di ibu pejabat ISN di Bukit Jalil.
[Senarai terkini akan dikemas kini]
Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.