Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lagi persatuan gesa k'jaan lanjutan waktu operasi restoran

Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) meminta kerajaan supaya membenarkan lanjutan waktu operasi restoran dan kedai makanan daripada jam 8 malam kepada 10 malam di negeri-negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Mereka mendakwa, pelanggan tidak mempunyai tempoh masa mencukupi untuk membeli makanan selepas waktu bekerja.

"PKP kali berbeza sedikit. Pejabat dan kilang dibuka. Ramai masih bekerja. Waktu tamat kerja adalah pukul 5 petang hingga 7 petang.

"Mereka tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membeli makanan kerana aliran trafik yang tinggi pada waktu tersebut.

"Maka, kami (Primas) meminta jasa baik kerajaan agar mempertimbangkan semula waktu penutupan kedai makanan dan restoran dipanjangkan sehingga 10 malam di negeri yang dikenakan PKP," kata Presiden Primas J Govindasamy kepada Malaysiakini.

Penguatkuasaan semula PKP 2.0 yang melibatkan Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan), Melaka, Johor dan Sabah adalah untuk tempoh 14 hari, bermula 13 Jan hingga 26 Jan.

Sektor perniagaan perkhidmatan makanan hanya dibenarkan beroperasi sehingga 8 malam sahaja.

Sebelum ini, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) dan Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) memohon kerajaan waktu operasi dilanjutkan daripada jam 6 pagi hingga 8 malam kepada 10 malam bagi membolehkan orang ramai mendapatkan makanan pada waktu malam.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS