Ibu Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, Dayang Rosnah Abang Madeli, 90, meninggal dunia di kediamannya di PJ Heights, Petra Jaya di Kuching pada 6.30 petang tadi.
Fadillah berkata jenazah ibunya akan disolatkan di Masjid Ikhwanul Islam, Taman Sukma pada 9.30 pagi esok sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya.
"Kepada mereka yang ingin menziarahi Allahyarhamah, bolehlah ke Masjid Ikhwanul Islam Taman Sukma pada pagi esok,” menurutnya dalam hantaran di laman Facebook.
Setiausaha Akhbar Fadillah, Misiah Taib, dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Allahyarhamah meninggal dunia akibat sakit tua dan meninggalkan 13 anak.
"Datuk Seri Fadillah adalah anak kesembilan daripada 14 adik-beradik (namun) seorang anaknya (anak Allahyarhamah) meninggal dunia ketika berusia tujuh bulan,” katanya.
- Bernama