Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Youtube gantung saluran Trump
Diterbitkan:  Jan 13, 2021 3:28 PM
Dikemaskini: 7:28 AM

GLOBAL l YouTube menggantung saluran Presiden Donald Trump sekurang-kurangnya seminggu, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik CNN.

Perkhidmatan perkongsian video dalam talian AS itu memberitahu CNN Business bahawa video di saluran Trump baru-baru ini didakwa mencetuskan keganasan.

YouTube merancang mengkaji semula keputusan tersebut dalam seminggu.

Terdahulu, Twitter dan Facebook menggantung akaun Trump secara kekal.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS