Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Empat muka baru antara 24 ahli majlis MBPJ yang angkat sumpah

Empat muka baru mengangkat sumpah sebagai ahli Majlis Bandaraya Petaling jaya (MBPJ) bagi penggal 2021-2022 di ibu pejabat MBPJ pada Isnin lalu.

Antara mereka adalah Nalina Nair (DAP), Medaline Chang She-Yun (DAP), Norah Mansor (PKR) dan peguam Bryan Ng Yih Miin (PKR).

Manakala 20 daripada 24 ahli Majlis yang lain dilantik semula. Antara mereka , ahli majlis veteran Derek Fernandez, G Suriase, Ahmad Akhir Pawan Chik, Terence Tan, Louis Uding dan Norzahirul Anuar.

Adun Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran berkata dia menantikan kerjasama dengan ahli-ahli majlis yang baru dilantik itu.

“Saya cuba sedaya upaya untuk datang dengan inisiatif baru yang boleh memberi manfaat kepada orang ramai dan kita akan bertukar-tukar fikiran dan idea untuk menangani Covid-19,” katanya kepada Malaysiakini.

Chang yang juga berkhidmat dengan ibu pejabat DAP sejak bertahun-tahun sebelum ini, juga pernah berkhidmat di Kementerian Komunikasi dan Multimedia bersama Gobind Singh Deo ketika Pakatan Harapan mentadbir negara.

Dia memberitahu Malaysiakini bahawa antara perkara yang penduduk di situ dapat melihat perubahan merupakan masalah tempat letak kereta, banjir, pembuangan sampah tanpa izin dan akses ke taman awam.

“Kawasan komersial di Petaling Jaya sering kali menghadapi masalah tempat letak kereta. Ia tiada bezanya dengan pusat komersial di Seksyen 17, di mana pasar dan kondominimum baru Seventeen Residences terletak.

“Jalan di situ juga agak sempit dan masalah tempat letak kereta membuatkan keadaan bertambah buruk. Ia antara perkara yang kita akan lihat,” katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS