Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKP: Cuti semua pegawai, anggota polis dibekukan

Cuti semua pegawai dan anggota polis di seluruh negara dibekukan serta-merta berikutan peningkatan kes Covid-19 serta pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang akan berkuat kuasa tengah malam ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata arahan itu dikeluarkan untuk menjamin kekuatan maksimum Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menguatkuasakan PKP dan memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Hanya pegawai dan anggota polis yang mempunyai hal-hal kecemasan diberi kelonggaran untuk bercuti dan PDRM amat bersimpati dengan keluarga polis yang meninggal dunia kerana Covid-19… diharapkan dengan pembekuan cuti mereka ini, PDRM akan dapat menyediakan barisan petugas yang komited memastikan pematuhan SOP ini dipatuhi orang ramai.

“Saya telah mendengar taklimat (berhubung peningkatan kes Covid-19) daripada Ketua Pengarah Kesihatan (Dr Noor Hisham Abdullah) dan hasil taklimat itu, PDRM melihat keputusan pelaksanaan PKP ini amat wajar sekali,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman.

Dia berkata sekiranya PKP tidak dilaksanakan, keadaan akan menjadi lebih menakutkan jika tindakan drastik tidak diambil serta-merta.

“Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengambil keputusan yang amat tepat dengan melaksanakan PKP bermula tengah malam ini,” katanya.

[Berita lanjut menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS