Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rekod baru - 3,309 kes baru, 190 di ICU
Diterbitkan:  Jan 12, 2021 6:01 PM
Dikemaskini: 10:52 AM

Jumlah kes harian terbaru mencatatkan angkat tertinggi sekali lagi dengan 3,309 kes.

Angka pesakit di unit rawatan rapi (ICU) juga memecahkan rekod dengan 190 kes.

Angka itu dicatatkan sehari sebelum kerajaan memperketatkan pergerakan awam mulai esok dan selepas pengumuman darurat pagi tadi.

Status terkini:

Jumlah sembuh baru: 1,469 kes
Jumlah kumulatif sembuh: 110,584 kes (78.1%)

Jumlah kes baru: 3,309 kes
Jumlah kes kumulatif: 141,533 kes
Jumlah kes aktif: 30,390 kes
Kes tempatan: 3,303 kes
Kes import: 6 kes

Jumlah kematian baru: 4 kes (4 WN)
Jumlah kumulatif kematian: 559 kes (0.39%)

Jumlah kes di ICU: 190 kes
Pesakit intubated: 83 kes

 

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS