Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Agong perkenan bentuk jawatankuasa bebas kerajaan-pembangkang
Diterbitkan:  Jan 12, 2021 12:13 PM
Dikemaskini: 4:39 AM

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah berkenan terhadap pembentukan jawatankuasa bebas melibatkan anggota parlimen kerajaan dan pembangkang semasa tempoh darurat.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin berkata baginda berkenan terhadap cadangan kerajaan yang turut melibatkan pakar kesihatan itu.

“Jawatankuasa bebas ini akan mengesyorkan kepada Seri Paduka Baginda sekiranya pelaksanaan darurat ini dapat ditamatkan lebih awal,” kata Ahmad Fadil.

Sementara itu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya memberi jaminan pilihan raya akan diadakan selepas jawatankuasa itu memutuskan Covid-19 pulih sepenuhnya

“Saya memberikan komitmen yang tegas bahawa pilihan raya akan diadakan sebaik saja jawatankuasa khas bebas yang akan ditubuhkan memperakukan bahawa wabak Covid-19 dah reda atau pulih sepenuhnya, dan pilihan raya dah selamat untuk diadakan,” katanya.

Dalam perutusan khas kira-kira jam 11 pagi tadi, Muhyididn berkata pada masa itu terpulanglah pada rakyat untuk memilih kerajaan mana yang layak memerintah negara ini.

“Inilah komitmen dan aku janji saya yang akan saya tunaikan,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS