Paling Popular
Terkini

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas pada jam 6 petang ini melalui televisyen.

Menurut makluman, Muhyiddin akan mengumumkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan.

Perutusan khas itu akan disiarkan secara langsung di saluran stesen televisyen tempatan iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama TV, TV3 dan Astro Awani.

Ini akan menjadi perutusan khas ke-17 Muhyiddin secara langsung melalui televisyen sejak mengambil alih kuasa pada 1 Mac 2020.

Perutusan khas ini ketika spekulasi mengatakan satu lagi peraturan kawalan pergerakan yang tegas - serupa dengan yang dilihat antara 18 Mac dan 4 Mei lalu - akan dilaksanakan semula di Lembah Klang, Melaka, Pulau Pinang, Johor dan Sabah.

Korban Covid-19 mencecah 551 semalam, dengan 77 peratus kematian berlaku antara 1 September dan sekarang.

Sebilangan besar kematian berlaku di Sabah (283) tetapi jumlah kematian kes di Lembah Klang terus meningkat (111 setakat semalam) dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Pada Jumaat, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, Perdana Menteri akan membuat pengumuman khas hari ini mengenai tindakan yang akan dilaksanakan kerajaan, berhubung situasi semasa jangkitan Covid-19 yang menunjukkan trend peningkatan.

Sejumlah 2,433 kes harian baru Covid-19 dilapor semalam menjadikan jumlah kumulatif kes positif ialah 135,992 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 27,332 kes.

[Baca laporan asal]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS