Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dewan Perwakilan AS gesa Pence singkir Trump
Diterbitkan:  Jan 11, 2021 11:00 AM
Dikemaskini: 3:00 AM

GLOBAL | Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) akan meminta Naib Presiden Mike Pence menyingkirkan Presiden Donald Trump daripada berkuasa, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik Speaker Nancy Pelosi.

"Saya ingin menarik perhatian anda mengenai tindakan segera yang perlu diambil esok pagi, ketika Pemimpin Majoriti (Steny) Hoyer akan meminta Persetujuan Sebulat Suara untuk mengemukakan resolusi (Jamie) Raskin.

"Resolusi ini meminta naib presiden supaya mengadakan dan menggerakkan kabinet melaksanakan Pindaan ke-25 (Perlembagaan AS) untuk mengisytiharkan presiden tidak berkemampuan melaksanakan tugas-tugasnya dan naib presiden akan mengambil alih sebagai pemangku Presiden," kata Pelosi dalam satu kenyataan.

"Jika kami tidak menerima Persetujuan Sebulat Suara, ia dijangka akan dibawa ke Dewan hari berikutnya.

"Kami mahu naib presiden mengambil tindakan dalam tempoh 24 jam," tambah Pelosi.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS