Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Gerakan: P Pinang beli Mercedes ketika bajet defisit

Kerajaan Pulau Pinang diminta tidak bersikap boros berbelanja dengan menukar kereta rasmi baharu untuk Ketua Menteri ketika rakyat hidup susah dalam keadaan pandemik COVID-19.

Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong berkata pembelian kereta baharu model Mercedes S560e untuk Ketua Menteri dengan kos pembelian sebanyak RM458,122.78 baru-baru ini, sepatutnya dijimatkan untuk membantu lebih banyak rakyat di negeri ini.

Katanya, kerajaan negeri telah berulang kali mengumumkan bahawa kerajaan kini tiada wang dengan membentangkan Belanjawan negeri 2021 yang mengalami defisit sebanyak RM400 juta dan telah memohon peruntukan daripada kerajaan persekutuan untuk mengurangkan defisit itu.

"Namun dalam keadaan bajet defisit, boleh pula kerajaan negeri menukar kereta baharu Ketua Menteri," katanya dalam satu kenyataan di George Town hari ini.

Khamis lepas, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Pulau Pinang berkata Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow telah dibekalkan dengan kereta rasmi baharu model Mercedes S560e bagi mengantikan kereta Mercedes S300L yang dibeli pada 2013.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS