Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jangkitan di rumah panjang cetus kebimbangan - Dr Noor Hisham
Diterbitkan:  Jan 9, 2021 5:23 PM
Dikemaskini: 9:31 AM

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham menyatakan kebimbangan terhadap kes jangkitan Covid-19 di rumah panjang di Sarawak.

Noor Hisham merujuk laporan mengenai 37 kes jangkitan dalam kluster Pasai Siong di negeri itu yang menyebabkan lapan rumah panjang di daerah itu diletakkan di bawah sekatan pergerakan selama 14 hari.

"Ini adalah ketakutan terbesar kita di kawasan luar bandar dan kita perlu meningkatkan langkah-langkah kesihatan awam kita dan melindungi negeri, daerah dan masyarakat.

"Nampaknya semua lapan rumah panjang di Pasai Siong dan kawasan sekitarnya akan diletakkan di bawah sekatan pergerakan selama 14 hari," katanya di Twitter.

Sementara itu, Borneo Post memetik Dr Noor Hisham sebagai berkata kluster berkenaan diumumkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (SDMC) pada 7 Jan lalu.

Siaw berkata, kes-kes baru itu dikesan selepas seorang wanita pulang ke rumah panjangnya dari Johor pada 29 Disember lalu untuk menghadiri upacara pengkebumian ayahnya.

Lapan rumah panjang yang terjejas adalah Jelian Nayor, Ringgit Unchu, Langi Ambau, Pom Maja, Nyanggai Alok, Jeram Empin, Kelly Chundau dan Nyambong Ajon.

Siaw berkata, pesakit itu kini dirawat di Hospital Sibu.

Sarawak setakat ini mencatatkan 1,196 kes Covid-19 dengan 19 kematian, namun penularan jangkitan di rumah panjang dibimbangi sukar untuk dibendung.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS